BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Tahan Miliki Peralatan Polis Secara Tidak Sah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
17.01.2025 - Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki peralatan yang menyerupai milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat beli-belah di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini pada pada 12 Januari lalu. Timbalan Ketua Polis Sepang, Penguasa Polis (Supt) Shan Gopal Krishnan berkata, polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu menyimpan sepasang pakaian seragam pengawal peribadi yang menggunakan lencana kolar (collar batch) milik PDRM di dalam kenderaan yang dipandunya.

“Suspek gagal memberikan alasan munasabah bagaimana dia memperoleh peralatan tersebut. Ujian saringan air kencing terhadap suspek menunjukkan keputusan negatif, namun semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai tiga kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 15 Januari lalu di bawah Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Suspek bagaimanapun mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM50.
1737096190982.png
 
Sponsored Post

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

YDH Datuk PJPJKK
YDH Dato T/PJPJKK (O)
YDH Dato' T/PJPJKK (P/S)
YDH Tuan/ Puan KPP JPJKK
YDH Tuan/ Puan

Laporan BPJKK Selangor @ Daerah Sepang
Laporan Tangkapan Oleh Cawangan MPV IPD Sepang

Nombor Repot:
BBST Rpt:00442/25

Tarikh/Masa:
️12/01/2025 @ 1843hrs

Pengadu:
LKPL 210079 (MPV BPJKK IPD SEPANG)

Barang Kes:
1. Pakaian Uniform Body Guard berlambang PDRM
2. Motokar Jenis Proton Gen2
3. 1 bentuk kunci gari

Kesalahan:
Sek 89 Akta Polis

Pegawai Penyiasat:
Insp. G27118 Muhammad Husaini Bin Helmee

Tangkapan:

NO (1):
Nama :Wan Muhammad Aris Bin Haji Wan Muda
Umur : 35 Tahun
No K/P : 891109065257
Alamat : 9/914 Kg Sg Karang Pantai 26100 Kuantan Pahang Malaysia

Rekod Lampau :
- BERSERAH rpt :3517/12 Sek 15(1)(a) ADB 1952
- KUANTAN rpt :7506/19 Sek 15(1)(a) ADB 1952
- KUANTAN rpt :13144/20 Sek 15(1) (a) ADB

Fakta Kes:
Pada 12/01/2025 jam lebih kurang 1710hrs,saya bersama Konst 238981 semasa buat rondaan MPV Sektor 2(B) BBST guna callsign SL1210 telah tahan dan periksa (1) M/kar jenis Proton Gen2 No pendaftaran BJD 7419 dipandu (1) Lelaki Melayu dijalan Kip Sentral.Semasa buat pemeriksaan telah mendapati terdapat (1) pasang uniform BodyGuard berlogo PDRM tergantung didalam kenderaan tersebut.Saya bersama Konst 238981 bawa balik ke Pejabat MPV IPD SEPANG untuk tindakan lanjut kerana gagal memberi keterangan.Pengadu juga telah terangkan hak-hak orang yang ditangkap dibawah seksyen 28A KPJ atas tangkapan yang dibuat.

Sekian Terima Kasih.
1737096234517.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register