BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Kompaun Kerana Lamborghini Bising

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,437
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,437
Reaction score
7,017
Points
916
Awards
1
28.08.2024 - Seorang lelaki di Pulau Staten menyaman Majlis Bandaraya New York selepas dia dikenakan kompaun atas kesalahan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kereta Lamborghini miliknya, lapor akhbar New York Post. Anthony Aquilino berkata, kompaun itu harus digugurkan kerana dia tidak mengubah suai kereta mewahnya yang berharga AS$315,000 (RM1.36 juta) untuk mengeluarkan bunyi kuat.

“Saya dikenakan kompaun bunyi sebanyak AS$800 (RM3,475) kerana memandu kereta model Lamborghini Huracan Performante keluaran tahun 2018, meskipun ia boleh dipandu di New York. Jumlah denda adalah AS$800 (RM3,475) untuk kesalahan pertama. Kesalahan kedua pula sebanyak AS$1,700 (RM7,385), manakala kesalahan ketiga mencecah AS$2,700 (RM11,730),” kata Aquilino.

Dia berhujah dalam dalam tuntutan mahkamah yang difailkan minggu lalu di Mahkamah Agung Manhattan, bahawa undang-undang hanya membenarkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kompaun kepada kereta yang sengaja diubah suai untuk meningkatkan bunyi enjin. Aquilino sebaliknya mendakwa bahawa kereta tersebut dilengkapi enjin V-10 dan mengeluarkan bunyi kuat yang dihasilkan daripada kilang.
1724864389260.png
 
Back
Top
Log in Register