BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Jel 30 Bulan Pecah Rumah Bekas MB Kedah, Curi Mesin Rumput

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,970
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,970
Reaction score
7,499
Points
916
Awards
1
04.06.2025 - Mahkamah Majistret Alor Setar menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas seorang peniaga pasar malam yang mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri di kediaman bekas menteri besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah minggu lalu. T Rakesh Kumar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nur Shifa Mohd Hamzah yang turut memerintahkan tertuduh didenda RM1,500 dan penjara enam bulan, jika gagal membayar denda. Berita Harian melaporkan peniaga barang mainan itu didakwa melakukan pecah rumah Ahmad Bashah di Taman Rakyat dan mencuri seunit mesin rumput kira-kira 2.50 pagi 29 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua atau berikutnya. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Aina Shafina Idrus Saidi memohon hukuman penjara anak guamnya diringankan dan bermula tarikh tangkapan kerana tertuduh tiada pendapatan tetap dan menyara isteri, bapa menghidap strok serta ibu menghidap penyakit kencing manis.

“Anak guam saya sudah insaf dan amat kesal dengan perbuatannya, saya mohon hukuman penjara ke atasnya diringankan dari tarikh dia ditangkap.”

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya Nur Sharmila Md Asri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan sebat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai kerana tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula tarikh tangkapan.
1749018936109.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register