BTC USD 54,474.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Di Dakwa Selepas 27 Tahun Pembunuhan Penyanyi Rap, Tupac Shakur

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,643
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,643
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
30.09.2023 - Seorang lelaki didakwa di Las Vegas kerana disyaki membunuh penyanyi rap ternama Hollywood, Tupac Shakur, 27 tahun lalu. Bintang hip-hop itu, yang dianggap antara penyanyi rap paling berpengaruh sepanjang zaman, ditembak mati di bandar Nevada pada September 1996. SkyNews melaporkan, bagaimanapun, penembaknya tidak pernah dikenal pasti dan kes itu mengecewakan pasukan penyiasat dan menarik perhatian orang ramai untuk mengetahuinya. Pada Jumaat, Juri Besar Nevada mendakwa Duane ‘Keffe D’ Davis berusia 60 tahun atas tuduhan membunuh menggunakan senjata api. Difahamkan, Davis ditahan pada pagi Jumaat di Henderson, sebelum dihadapkan ke mahkamah. Sheriff Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Kevin McMahill, berkata keluarga Tupac menunggu 27 tahun untuk mendapatkan keadilan.

“Siasatan ini bermula pada 7 September 1996. Walaupun saya tahu ramai yang tidak percaya pembunuhan Tupac Shakur adalah penting untuk jabatan polis ini, namun saya ingin memaklumkan kes ini bukan mudah. Matlamat kami adalah menangkap mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan Tupac,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Davis ialah bapa saudara kepada Orlando Anderson, salah seorang pesaing Tupac, yang sudah lama disyaki pihak berkuasa terbabit dalam kematian penyanyi rap itu. Anderson terlibat dalam pergaduhan kasino yang membabitkan Tupac dan rakan-rakannya pada malam kematian penyanyi rap itu. Bagaimanapun, Anderson menafikan terbabit dalam kejadian itu. Dia meninggal dunia dua tahun kemudian dalam satu kejadian tembakan. Leftenan Jason Johansson, dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, menggelar Davis sebagai ‘ketua dan penembak ’ kumpulan itu. Beliau berkata, Davis merancang serangan itu sebagai ‘pembalasan’ atas insiden awal di kasino yang membabitkan Anderson.

“Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa insiden inilah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Tupac Shakur,” katanya.

Khabar angin yang tersebar dalam kalangan South Side Compton Crips mengenai apa yang berlaku di kasino mendorong Davis membuat rancangan mendapatkan senjata api dan membalas dendam atas apa yang berlaku terhadap Anderson, katanya. Davis, yang ketika itu adalah ahli geng South Side Compton Crips, mengakui dalam temu bual sebelumnya dan dalam memoir 2019, “Compton Street Legend” bahawa dia berada di dalam kereta yang didakwa digunakan dalam serangan berkenaan. Tupac ditembak pada malam 7 September 1996, ketika berada di dalam BMW hitam yang dipandu pengasas Death Row Records Marion ‘Suge’ Knight. Mereka memandu ke kelab malam secara konvoi selepas menyaksikan pertarungan perebutan gelaran kelas berat dunia, Mike Tyson dan Bruce Seldon di Las Vegas. Semasa sedang menunggu lampu merah, sebuah Cadillac putih berhenti di sebelah kenderaan dinaiki mereka dan melepaskan tembakan.

Tupac yang ditembak beberapa kali, meninggal dunia 12 September pada usia 25 tahun.​

1696065435661.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register