BTC USD 58,768.0 Gold USD 1,796.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dan tiga saudara disaman kerana didakwa fitnah menerusi Facebook

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Lelaki dan tiga saudara disaman kerana didakwa fitnah menerusi Facebook

SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman Facebook miliknya (Mahharul) pada 28 Sept lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 Sept lepas.

Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.

Zalina berkata, pernyataan-pernyataan oleh kesemua defendan telah menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zalina, yang turut hadir di mahkamah, juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya.-BERNAMA
 
Sponsored Post

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
10 juta tu beb.....mokcik kaya kalo gitu....
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,007
Reaction score
568
Points
161
tu le keburukan Facebook,tempat2 org mengumpat hahahaha
 

OneMyWnn

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2009
Messages
736
Reaction score
9
Points
15
hemm.... masalahnya bila mengumpat org xingat diri... bila kena umpat nak saman sanan sini.... kalau nak saman 10 juta.... di luar niee lagi bersepah xder pun saman menyaman.... heheheheheh.... sorry jgn saman saya lak... just pandangan....
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
hemm.... masalahnya bila mengumpat org xingat diri... bila kena umpat nak saman sanan sini.... kalau nak saman 10 juta.... di luar niee lagi bersepah xder pun saman menyaman.... heheheheheh.... sorry jgn saman saya lak... just pandangan....

nak kena saman gakkkk nih:))
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
saman jgn tak saman. buat duit express tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register