BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki dan pengawal peribadi ditembak di KLIA

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171
6320.jpeg
6323.jpeg
6326.jpeg

Tembakan di KLIA: Suspek dipercayai lari ke utara

SEPANG - Individu yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di sini dipercayai melarikan diri ke utara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.

"Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

"Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

"Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.

"Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara," katanya.

Menurutnya, kejadian ini bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Suasana di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal dan selamat," katanya.

Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.

MUHAMMAD AMINNURALIFF
14 April 2024 07:30am

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
 
Sponsored Post

2612931.jpg


SEPANG - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes terbabit bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana kepentingan awam.

"Kes ini tidak melibatkan sebarang elemen keganasan dan saya tegaskan suasana di KLIA ketika ini dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Jangan keluarkan sebarang ulasan atau komen yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.

Mangsa yang merupakan pengawal peribadi itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.



Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

KUALA LUMPUR: “Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal,” demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya kepada Bernama.

Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke utara.

Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.– BERNAMA


Artikel ➡️ BERNAMA
 

Nampak dua kelongsong peluru di lantai - Saksi​

2612900.jpg


KUALA LUMPUR - Suasana panik tercetus ketika kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.30 pagi Ahad.

Menceritakan kejadian itu, saksi awam, Noor Un Nissah berkata, dia kebetulan berada di tempat kejadian dan terdengar bunyi letupan yang kuat disusuli dengan orang ramai bergegas keluar dari pintu ketibaan KLIA.

"Saya terdengar beberapa das tembakan dan nampak dua kelongsong peluru di lantai, namun kami tidak dibenarkan ambil gambar oleh pegawai yang bertugas.

"Kemudian saya nampak ambulans tiba namun tidak nampak individu yang cedera, tetapi saya difahamkan terdapat seorang lelaki terkena tembakan yang dilepaskan," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Noor Un Nissah berkata, dia bergegas beredar dari tempat kejadian kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

Pada Ahad, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku di KLIA 1.

Siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.

"Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah. Individu itu bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi.

 
CR240414TCHX02-600x600.jpg

Farach ialah seorang guru agama perempuan.

Menurut profil Facebooknya, beliau merupakan bekas CEO sebuah syarikat pelancongan tempatan yang mengkhusus dalam menyediakan pakej pelancongan haji untuk umat Islam, namun beliau telah meletakkan jawatan tidak lama dahulu.

 
Cops Identify KLIA Shooting Suspect

The public has been warned not to approach the suspect in the shooting of a bodyguard at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1, or to take the law into their own hands. Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain told a press conference at KLIA on Sunday (April 14) that police were seeking one Hafizul Harawi, 38. Hafizul has also been identified as the husband and business partner of the intended victim.

“The police have classified the suspect as armed and dangerous. Anyone who spots him is urged to share the information with the police but not to act alone,” he said.

Comm Mohd Shuhaily advised the public to keep their distance and call the police immediately.

“I strongly urge the suspect to surrender peacefully to any police station. What happened has happened, and whatever happens next will not correct the (situation),” he said.

It was reported earlier that a bodyguard was shot at about 1.30am in KLIA. It was believed that the target was a woman who was awaiting the arrival of an umrah group. The bodyguard was seriously injured.

Source https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/04/14/cops-identify-klia-shooting-suspect

1713069156192.png

14.04.2024
 
Suspek Tembak Di KLIA Sasar Isteri, Terkena Pengawal Peribadi

14.04.2024 - Seorang individu dipercayai cuba menembak isterinya, dan sebaliknya terkena seorang pengawal peribadi, dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada 1.15 pagi tadi. Suspek dipercayai melarikan diri ke utara, menurut polis. Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan lanjut mendapati suspek berniat menembak isterinya yang berada di situ.

“Isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah ketika kejadian berlaku. Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga merupakan pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut. Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi kesan sedang giat dijalankan. Kejadian ini bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian manakala suasana di KLIA berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api. Isteri suspek yang juga ejen umrah telah memuat naik satu kenyataan di Facebook mengatakan seorang individu telah cuba membunuhnya apabila dua das tembakan dilepaskan dan terkena pengawal peribadinya.​

1713070959947.png
 
‘Suami Di Tidurkan, Alami Pendarahan Teruk’, Kata Isteri Mangsa Tembakan

14.04.2024 - ‘Suami Di Tidurkan, Alami Pendarahan Teruk’, Kata Isteri Mangsa Tembakan. Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal,” demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi. Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya kepada Bernama.

Suri rumah sepenuh masa itu, berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan. Terdahulu Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara. Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...pendarahan-teruk-kata-isteri-mangsa-tembakan/
 
Suspek Pernah Di Tahan, Ada 3 Rekod Jenayah

14.04.2024 - Polis berkata, suspek ditahan Februari lalu kerana melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, yang membuat dua laporan terhadapnya pada 2016 dan 2023. Polis berkata, suspek melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek ditahan Februari lalu kerana melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, yang membuat dua laporan terhadapnya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 2016 dan 2023. Katanya, suspek turut mempunyai satu lagi rekod jenayah di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam. Beliau berkata, suspek mendapatkan pistol itu secara haram kerana tidak memiliki permit senjata api.

“Apa yang berlaku pagi tadi telah berlaku,” katanya dalam sidang media di KLIA, Sepang.

“Saya sarankan suspek supaya datang ke mana-mana balai dan serah diri secara aman. Jangan kita ikut amarah kita, ia akan memburukkan lagi keadaan.”

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, seorang pengawal peribadi cedera parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi tadi. Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah. Beliau berkata, suspek dipercayai sudah melarikan diri ke utara. Shuhaily berkata, siasatan awal menunjukkan motif kejadian akibat masalah peribadi antara pasangan itu yang memiliki sebuah agensi pelancongan serta dikatakan dalam proses bercerai, dengan mangsa dipercayai di peringkat awal kehamilan.

Dalam kejadian awal pagi tadi, katanya, suspek pada mulanya melempar mercun hingga mencederakan dua orang awam, sebelum menghampiri mangsa yang diiringi dua pengawal peribadi dan melepaskan dua tembakan pada jarak 3m hingga 4m.
Menurutnya, pengawal peribadi yang terkena tembakan di perut itu kini dalam keadaan kritikal.
1713071534171.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register