BTC USD 37,472.4 Gold USD 1,797.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki `culik’ diri sendiri

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
AMPANG JAYA: Hanya kerana tidak tahan diburu along, seorang lelaki sanggup berlakon kononnya dia diculik dan menghubungi kakaknya meminta diberikan RM40,000 sebagai wang tebusan untuk melepaskannya, Sabtu lalu.

Namun, lakonan *****nya itu tidak menjadi apabila dia bersama seorang rakan yang juga dikatakan penjamin pinjamannya diberkas polis di rumah kakaknya itu.

Menurut sumber, kakak lelaki itu pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa adiknya diculik dan berada di Pahang.

“Pada mulanya, wanita itu tidak mempercayai kata-kata lelaki berkenaan sebelum mendengar adiknya menjerit meminta tolong kerana tidak tahan dipukul ketika berbual melalui telefon itu.

“Wanita itu yang bimbang keselamatan adiknya kemudian berjanji membayar wang tebusan terbabit sebelum meminta nombor akaun suspek,” katanya.

Namun, suspek yang enggan memberikan nombor akaunnya kerana khuatir identitinya dapat dikesan bersetuju mengambil wang terbabit di rumah wanita itu di Pandan Perdana.

Wanita berkenaan kemudian terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian terbabit sebelum sepasukan polis bergegas ke rumah mangsa dan menunggu suspek yang kemudian muncul di situ.

Menurut sumber, sejurus tiba, polis menahan dua lelaki dan lebih mengejutkan seorang daripadanya adalah adik kepada wanita itu yang mendakwa dia diculik dan dilarikan ke Pahang.

“Kedua-duanya ditahan dan siasatan awal mendapati mangsa yang mendakwa diculik itu sebenarnya meminta wang untuk melangsaikan hutang,” katanya.

Macam nie punya adik pun ada juga

~X(~X(~X(
 
Sponsored Post

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
mintak jer la akak tu...apa punya adik..
 

hilal

Permanently Banned - Forum Troll
Joined
May 29, 2006
Messages
3,454
Reaction score
3
Points
25
gud idea....huhuhu
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,748
Reaction score
293
Points
91
mintak je la kat kakak yang nak susah2 berlakon apesal..
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Ni mesti terlebih tengok cerita CSI nih....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register