BTC USD 47,484.7 Gold USD 1,762.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki cuba selamatkan enjin jatuh laut ditemui lemas

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,288
Reaction score
395
Points
91
FB_IMG_1627200742267.jpg

Lelaki cuba selamatkan enjin jatuh laut ditemui lemas

PAPAR – Lelaki dilaporkan hilang selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan enjin sangkutnya petang semalam ditemui di Pantai Sungai Benoni pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu mayat Muhamad Hasyidan Haris, 27, terdampar di pantai berkenaan oleh orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu mangsa bersama dua lagi rakannya keluar memancing ikan dengan menaiki bot di kawasan bagang dalam perairan Papar.

“Bagaimanapun, enjin sangkut yang digunakan dikatakan terjatuh ke dalam laut ketika menghampiri muara sungai Benoni mengakibatkan mangsa terus terjun untuk mencari enjin sangkut terbabit. Namun mangsa dikatakan tidak muncul dipermukaan air dan dipercayai sudah dihanyutkan arus deras sebelum dua rakannya bertindak menghubungi pihak berkuasa.

“Sepasukan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kejadian pada pukul 3.29 petang semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati memang terdapat kejadian orang hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan selepas menerima maklumat daripada rakan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Johainin memaklumkan operasi mencari menggunakan bot di kawasan sekitar tempat kejadian dijalankan selama lebih sejam namun tiada sebarang tanda-tanda keberadaan mangsa ditemui.

Menurut beliau, operasi kemudiannya terpaksa ditangguhkan kira-kira pukul 7 malam ekoran keadaan semakin gelap selain faktor keadaan air bergelora.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui oleh orang awam sebelum pasukan bertugas bergegas ke lokasi pada pukul 6.20 pagi tadi.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di pantai muara Jambatan Benoni iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa menyelam.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE
 

CG Sponsors




Top
Log in Register