Lelaki ceroboh hutan untuk tanam durian ditahan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,253
Reaction score
4,259
Points
201
hutan_1603504016.jpg

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan lelaki yang sedang leka meratakan tanah di Hutan Simpan Kekal Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam. - Foto ihsan JPNK

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan ketika leka meratakan tanah secara haram di Hutan Simpan Kekal Langkawi untuk menanam durian, semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Roslan Rani, berkata lelaki berusia 47 tahun itu dikesan melakukan kegiatan itu di Kompartmen 1 Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, sejak seminggu lalu.

Katanya hasil maklumat dan risikan, lelaki tempatan itu berjaya ditahan jam 6 petang semalam.

"Turut dirampas adalah mesin gergaji, motosikal, parang, cangkul dan penggali lubang yang digunakan bagi aktiviti berkenaan, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai melakukan penerokaan bagi menanam durian.

"Dianggarkan pelbagai jenis pokok di tanah seluas 0.2 hektar sudah ditebang dan dibersihkan tanpa kebenaran, nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

ceroboh_1603504019.jpg

Antara peralatan yang digunakan bagi meratakan tanah di Hutan Simpan Kekal Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, semalam. - Foto ihsan JPNK

Roslan berkata, lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 81(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1985 kerana membersih dan membajak tanah untuk tanaman jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Selain itu, lelaki yang merupakan penduduk pulau itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 47(1) akta yang sama iaitu memasuki hutan tanpa kebenaran yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

"Lelaki terbabit ditahan reman 24 jam di lokap IPD Langkawi dan mesin gergaji serta peralatan yang digunakan akan disita," katanya.

 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,133
Reaction score
946
Points
121
Yg bawak kapal, chansor dpt plk tangkap, tp klau bwk bodezor xdk plk pernah kena tangkap....mesin punya besar dr jauh pun dh dengar....nasib la jadi rakyat biasa kan duit pun xdk mcm tokei2 besar hehehehe
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,693
Reaction score
603
Points
121
Yg bawak kapal, chansor dpt plk tangkap, tp klau bwk bodezor xdk plk pernah kena tangkap....mesin punya besar dr jauh pun dh dengar....nasib la jadi rakyat biasa kan duit pun xdk mcm tokei2 besar hehehehe
dunia ni syurga buat sang pendosa.

usah larut dgn buaian dunia. jangan kita terikut.

kita memang x dpt lawan, kita hanya mampu menentang dgn kata2.

politik ni adalah middleman utk segala2nya. dah terbukti ribuan tahun pun.

mereka yg kita anggap penyelamat adalah pengkhianat.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,942
Reaction score
427
Points
91
Yg bawak kapal, chansor dpt plk tangkap, tp klau bwk bodezor xdk plk pernah kena tangkap....mesin punya besar dr jauh pun dh dengar....nasib la jadi rakyat biasa kan duit pun xdk mcm tokei2 besar hehehehe
tu kt kedah. klo dia tanam ke pahang baru x kena tangkap
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
Harap kerajaan pahang dan semua negeri dpt membenteras penerokaan haram ni..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,883
Reaction score
1,687
Points
151
Sy da bilang
Kita tak bole buat apa2

bangsa lain saja buat tak apa
Mintak maap saja sudah memadai

mana2 pun sama
Tukar parti pun bangsa tu jg akan kene

ini sunnatullah :D
sila patuhi sop ye
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,494
Reaction score
527
Points
71
dabel cheeseburger standard
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,846
Reaction score
1,608
Points
101
Yg bawak kapal, chansor dpt plk tangkap, tp klau bwk bodezor xdk plk pernah kena tangkap....mesin punya besar dr jauh pun dh dengar....nasib la jadi rakyat biasa kan duit pun xdk mcm tokei2 besar hehehehe
kedah kecik, pahang besar tu yang pokok berpuluh tahun keluar hasil baru perasan ceroboh hutan
tauke2 kat pahang tgk jadi bahan ketawa diorang je la.
sana sudah win-win situation
 
Sponsored Post
Top
Log in Register