BTC USD 82,140.8 Gold USD 3,036.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ceroboh, curi telefon pemilik rumah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,835
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,835
Reaction score
1,393
Points
201
1624.jpeg
1627.jpeg
1630.jpeg
1633.jpeg


PETALING JAYA – Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang memecah masuk dan mencuri telefon bimbit di sebuah rumah sekitar Damansara Damai, di sini, pada 30 April lalu.

Aksi suspek menceroboh masuk rumah terbabit berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 22 saat ditularkan oleh seorang pemilik akaun TikTok dan berjaya dikesan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.01 pagi kelmarin, daripada pengadu wanita berusia 37 tahun.

“Pengadu yang baru bangun tidur mendapati pintu hadapan rumahnya dibuka dan diceroboh oleh pencuri pada pukul 7 pagi.

“Bukan sahaja menceroboh rumah, suspek juga membawa lari dua telefon bimbit jenama Vivo dan Samsung.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966222,” pesannya. -KOSMO! ONLINE.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register