hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 17,507
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 17,507
- Reaction score
- 1,185
- Points
- 201
Lelaki cederakan kanak-kanak dengan garfu alami kemurungan
Kuantan: Seorang lelaki yang mencederakan kanak-kanak berusia 12 tahun dengan garpu, di sini, kelmarin, dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, faktor kemurungan menyebabkan suspek berusia 25 tahun bertindak demikian.
"Suspek mengalami kemurungan dan bertindak mencederakan mangsa. Kita sudah merujuk kes ini ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menafikan wujud kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial.
Sebaliknya kejadian hanya membabitkan kecederaan pada leher kanak-kanak itu akibat perbuatan suspek yang mempunyai pertalian keluarga.
Mangsa dicederakan oleh suspek menggunakan garfu di bahagian leher sebelum melarikan diri ke rumah jirannya.
Sumber : Harian Metroetro