Lelaki cedera kena peluru sesat

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33
GAMBAR HIASAN


Dungun: Lelaki cedera terkena tembakan ketika sedang menjerat ayam hutan di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, di sini, semalam.

Mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan terpaksa menahan kesakitan pulang ke rumahnya untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian pergi ke kebun durian kira-kira 2.30 petang.

Menurutnya, ketika sedang duduk di akar pokok untuk menyiapkan jerat, mangsa terdengar bunyi tembakan dan rasa sakit di bahagian kanan badan.

"Mangsa kemudiannya berjalan menuju ke motosikal untuk pulang ke rumah bagi meminta bantuan.

"Bapa mangsa berusia 60 tahun yang tiba di rumah kira-kira 6.50 petang mendapati anaknya berada di depan pintu sebelum lelaki itu memaklumkan terkena peluru sesat," katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi sebelum dihantar ke Hospital Dungun pada 8.30 malam semalam untuk rawatan lanjut.

"Hasil ujian X-ray mendapati terdapat satu peluru di bahagian perut, satu peluru di bahagian pinggul dan serpihan peluru di bahagian tulang belakang," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu utuk mengeluarkan peluru terbabit.
"Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dengan kes berkenaan," katanya.


== hmetro
 
Top
Log in Register