BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Cedera Diserang Buaya Ketika Jala Ikan

combat13

Super Active Member
Messages
7,171
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,171
Reaction score
224
Points
73
da8691800375c58c0ec28ddd3dc0ce5068132ed0d66fe

Kredit : IPD Setiu

Seorang lelaki cedera pada lengan kanan dan jari tangan kiri akibat diserang seekor buaya ketika menjala ikan di tasik di Kampung Jelapang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Deris berkata kejadian menimpa mangsa, Ahmad Khalid Ya, 50, berlaku kira-kira 5.30 petang.

“Mangsa yang merupakan penduduk kampung berkenaan menjala bersama dua ahli keluarganya.

“Mangsa tiba-tiba diserang seekor buaya dan dalam keadaan sedar, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata reptilia berkenaan berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dibantu penduduk kampung pada hari sama.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register