BTC USD 38,841.2 Gold USD 1,825.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Cedera Di Pukul Penghantar Makanan, 5 Di Tahan

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,475
Reaction score
1,327
Points
111
kt mesia x dibenarkan debat antara agama ... dr zakir naik dok kt mesia pun sampai jd isu antarabangsa.. india sampai boikot minyak sawit mesia...
Teringin nak dengar DrZakir jawab soalan2 dari kaum cina atau india di Malaysia. Apa yang diorang tak paham pasal islam, boleh tanya direct. Banyak soal jawab DrZakir di youtube, video lama. Patut gunakan kesempatan DrZakir ada di Malaysia sekarang untuk buat semula sesi begitu
 
Sponsored Post

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,475
Reaction score
1,327
Points
111
ada tapi secara tertutup. kalau tengok2 kat fb bekas imam besar masjid negara dia pernah adakan dialoq dengan agama kristian. dia tak panggil debat la cuma dialoq.
Sesi begini jarang berlaku. Alangkah baiknya diwar war kan pada semua kaum. Ramai je cina india nak tanya soalan tapi diorang tak tau nak tanya siapa. Nak harapkan kawan2 melayu lain tolong jawabkan, kekadang kita pun tak pandai sangat nak refer quran atau hadis yang tepat.
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,616
Reaction score
1,169
Points
151
Kenapa dari awal riders tu tak report kat persatuan riders / polis / JAKIM dsb. Biar pihak berkuasa yg handle.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,011
Reaction score
13,735
Points
1,906

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

25m ยท

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ฅ๐—œ๐——๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›

1. Sukacitanya diumumkan bahawa PEMBELA ingin mengumumkan jumlah kutipan bagi ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต yang telah digerakkan pada tarikh 12 Jun 2021, jam 4.30 ptg - 8.30 malam adalah berjumlah ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿด,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ.

2. Pihak PEMBELA telah menyerahkan kutipan sumbangan orang ramai itu kepada Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) iaitu Saudara Zulhelmi Mansor yang mewakili rider-rider; Orang Yang Disyaki (ODYS).

3. Atas persetujuan bersama dan selaras dengan yang dijanjikan, cek RM5,000 (jumlah RM25,000.00) telah diserahkan untuk setiap rider yang ditahan bagi kegunaan segera kebajikan mereka manakala sebanyak RM15,000.00 diserahkan kepada persatuan mereka bagi agenda membela rider-rider pada masa akan datang.

4. Lebihan wang akan diuruskan oleh persatuan tersebut melalui pantauan peguam pihak ketiga selaku pemegang taruh (stakeholder) dan pihak PEMBELA bagi menjamin integriti kegunaan dana ini.

5. Dana ini amat penting kerana kes ini masih belum tamat kerana mereka ini masih belum melalui proses mahkamah, dan ianya pastinya proses yang panjang berdasarkan pengalaman kami selama ini.

6. Proses yang panjang di mahkamah ini biasanya akan menjejaskan pendapatan rider ini kerana perlu kerap naik turun mahkamah dan pekerjaan harian mereka pasti tergendala. Ini juga sebagai persediaan jika mereka dikenakan saman atau tuntutan ganti rugi kelak.

7. Perlu dijelaskan bahawa kutipan dana ini bukan untuk bayar wang tahanan reman sebagaimana yang didakwa oleh pihak polis tetapi difokuskan untuk wang jaminan mahkamah, jika sekiranya mereka didakwa. Jelas, pihak polis sudah tersalah faham dan keliru yang menyebabkan pihak polis membuat laporan polis.

8. Ini bukan kali pertama PEMBELA menguruskan kes sebegini, maka kita yakin dana ini sangat bermakna bagi rider-rider kita ini.

9. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu membantu mereka ini. PEMBELA akan terus memberikan komitmen dalam agenda membela Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
15 Jun 2021

1623759748057.png

1623759756428.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,011
Reaction score
13,735
Points
1,906
oh dulu pada 28 ogos 2020, PEMBELA ada juga bantu 6 abam abam rider foodpanda

berikut dibawah ni kes pada 2020 tu


Aminuddin Yahaya
42m ยท

Hari ini saya dan sahabat-sahabat hadir ke Mahkamah Majistreet Petaling Jaya sebagai sokongan moral dan semangat kepada anak-anak muda yang terlibat dalam kes Rider Foodpanda teraniaya.
Kami gabungan NGO-NGO Islam PEMBELA telah menghantar barisan peguam kita melalui Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang merupakan anggota PEMBELA untuk mewakili yang tertuduh di mahkamah dan alhamdulillah segala kos telah ditanggung.
InsyaAllah, kita akan terus berikan maklumat susulan dari semasa ke semasa untuk kes ini sehingga kes ini berakhir. Mohon doakan kejayaan kami dalam kes ini supaya yang teraniaya dapat dibela. InsyaAllah.


Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
28 Ogos 2020

#MembelaUmmah
#MengangkatSuaraUmat

1623760291456.png


1623760347808.png


1623760362816.png


1623760381010.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,011
Reaction score
13,735
Points
1,906
maksudnya PEMBELA dah sinonim dengan membantu abam abam rider foodpanda kita yg terlibat dengan kes mahkamah
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,574
Reaction score
2,585
Points
201
38k dpt kat pembela

25k foodpanda rider
15k persatuan rider

siapa kene rantai lg dgn polis
Kan da kene dakwa
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,938
Reaction score
1,925
Points
151
Teringin nak dengar DrZakir jawab soalan2 dari kaum cina atau india di Malaysia. Apa yang diorang tak paham pasal islam, boleh tanya direct. Banyak soal jawab DrZakir di youtube, video lama. Patut gunakan kesempatan DrZakir ada di Malaysia sekarang untuk buat semula sesi begitu
Screenshot_2021-06-15-20-52-29-69_4641ebc0df1485bf6b47ebd018b5ee76.jpg


Tak pernah baca mkini ke bro?
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,938
Reaction score
1,925
Points
151
Teringin nak dengar DrZakir jawab soalan2 dari kaum cina atau india di Malaysia. Apa yang diorang tak paham pasal islam, boleh tanya direct. Banyak soal jawab DrZakir di youtube, video lama. Patut gunakan kesempatan DrZakir ada di Malaysia sekarang untuk buat semula sesi begitu
Ramai tak suka DZN

Screenshot_2021-06-15-20-53-38-90_4641ebc0df1485bf6b47ebd018b5ee76.jpg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,011
Reaction score
13,735
Points
1,906

Isu hina agama Islam akan dibawa ke Majlis Raja-Raja, kata Zulkifli​


June 15, 2021 5:56 PM

Zulkifli-Mohamad-Al-Bakri-fmt-300820-1.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad berkata, semangat muhibah yang dibina sejak puluhan tahun tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu.

PETALING JAYA: Satu kertas kerja berkaitan penghinaan terhadap agama Islam yang kebelakangan ini kerap dilaporkan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiapkan kertas kerja berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

โ€œUmum mengetahui insiden berlaku baru-baru ini yang melibatkan sensitiviti keagamaan. Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan kita sedia menanti keputusannya.

โ€œMalaysia bukanlah baharu berumur setahun jagung. Kita sudah hidup lebih 60 tahun bersama. Jika diumpamakan seperti manusia, sudah memutih uban di kepala. Amat luas ilmu dan pengalamannya,โ€ katanya di Facebook.


Zulkifli berkata, semangat muhibah yang dibina sejak puluhan tahun sudah pasti tidak mudah dirobohkan hanya kerana satu dua isu.

Namun katanya, perkara yang dipandang remeh itulah kadangkala boleh mencetuskan api yang amat marak dan memerlukan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan isu dan permasalahan.

โ€œPerbezaan adalah lumrah manusia. Kita ada hati, akal dan pengalaman yang sudah pasti membentuk sudut pandang yang berbeza dalam 1,001 perkara. Bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) pada saya adalah selamanya ramuan terbaik dalam mengurus sebarang bentuk perbezaan.

โ€œSebagaimana bola dan kedai mamak boleh menyatukan semua bangsa tanpa mengira latar belakang politik, pendidikan dan warna kulit, saya fikir kita juga ada pelbagai bentuk alasan untuk terus hidup dalam semangat muhibah daripada memilih untuk berseteru dan menimbulkan provokasi pada prinsip-prinsip utama agama,โ€ katanya.

Sebelum ini polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, Jumaat lalu, dipercayai berpunca daripada perbuatan menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.


 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register