BTC USD 38,815.3 Gold USD 1,824.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Cedera Di Pukul Penghantar Makanan, 5 Di Tahan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
11.06.2021 - Petaling Jaya, Seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini, hari ini. Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.

Beliau berkata, remaja itu mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

"Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan. Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian dipukul dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

"Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan cedera. Kami turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan. Kami masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

photo_2021-06-11_21-00-02_1623416879.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/716700/lelaki-cedera-dipukul-penghantar-makanan-5-ditahan
 
Sponsored Post

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,127
Reaction score
265
Points
51
tau la ko orang sarawak, dah lama guna perkataan Allah katanya.

tapi kalau ko dah letak nama Allah Taala memang mintak kene pukul la.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,502
Reaction score
783
Points
121
Gaduh jenis jerit2 macam ni yang buat panjang cerita.
Patutnya kena buat perangai israel dengan bangsa ni. Dapat dapat terus tibai saja. Tak payah cakap apa dah.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
28,949
Reaction score
2,111
Points
206
org tuo2 dh koba, jgn dijolok sarang tebuan,
nanti ekau kang meraban tahap gaban!
ekekekekekeke
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,140
Reaction score
1,955
Points
201
Mcm mabuk pun ada tu
 

Flat

Active Member
Joined
Mar 18, 2013
Messages
1,288
Reaction score
17
Points
35
Kita ada undang2, mana boleh pukul orang, boleh masuk lokap ni. Aku dah godek2 instagram mangsa tu, semua post2 tentang kitab kristian dlm BM, takde gambar keluarga/kawan/hidup seharian dia. Lain macam kes ni
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,887
Reaction score
759
Points
171
Kita ada undang2, mana boleh pukul orang, boleh masuk lokap ni. Aku dah godek2 instagram mangsa tu, semua post2 tentang kitab kristian dlm BM, takde gambar keluarga/kawan/hidup seharian dia. Lain macam kes ni
kate nak panggil polis tibe2 settle sendiri...
mmg ke lokap la jawapnye...
ade masalah mental kot bdk tu...
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,938
Reaction score
1,925
Points
151
Saja nak provoke la ni. News ni xde dlm mkini lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register