Lelaki campak basikal ke arah peragut

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

SEORANG lelaki menunggang sebuah basikal.


LELAKI menunggang basikal mencampakkan basikal ke arah motosikal yang dinaiki dua peragut.


DUA peragut yang menaiki sebuah motosikal terjatuh (dalam bulatan) kerana terkena balingan basikal.

WENZHOU, China - Seorang lelaki mencampakkan basikal yang ditungganginya ke arah dua peragut yang menunggang sebuah motosikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakannya itu menyebabkan kedua-dua peragut itu terjatuh bersama motosikal yang ditunggangi mereka.

Kedua-dua peragut itu meragut dompet seorang wanita di sebatang jalan raya di sini.

Wanita itu berlari ke arah motosikal peragut itu dengan menjerit supaya kedua-dua penyenayah tersebut ditangkap.

Jeritan itu didengari lelaki yang menunggang sebuah basikal yang kebetulan melalui jalan yang dilalui motosikal peragut tersebut.

Lelaki itu dengan penuh keberanian mencampakkan basikalnya ke arah motosikal peragut menyebabkan kedua-dua penjenayah tersebut terjatuh.

Hero itu kemudian berjalan ke arah kedua-dua penjenayah tersebut dengan berani seperti aksi pelakon Clint Eastwood untuk mengambil dompet tersebut.

Namun dia berubah dan berpatah balik untuk melarikan diri selepas kedua-dua penjenayah itu bangun mengejarnya.

Adegan itu dilihat oleh beberapa pengawal keselamatan sebuah bangunan yang kemudian menangkap peragut tersebut sebelum polis tiba.

Aksi itu dapat dilihat menerusi laman web YouTube. - Agensi
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
ambik ko makan basikal..haha
 

kOmAnDeR

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,658
Reaction score
14
Points
25
klau xder basikal amnder lg bleh baling yer...klau ader gigi palsu bleh gak wat baling huhuhu
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
len kali jgn baling. libas je dulu kasi jatuh, pastu kasi pukul puas2
 

zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,888
Reaction score
11
Points
65
haha.....ada link youtube x...smart arg...
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
penyamun ni pon ******* jgk.. siap kejo balik lg..ni mesti tk puas hati dpt beskal..haha
 

pandera

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2006
Messages
373
Reaction score
7
Points
15
mana link u tubenya..ada saper yg tau x....
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
wahhh ni memang hero ni.. cool je.. :)paid:)paid:)paid tapi ada lawak siit time peragut bangun kejar balik..:)):)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register