BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Bunuh Teman Wanita Kerana Status WhatsApp

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,250
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,250
Reaction score
36,605
Points
2,836
Awards
2

Bunuh teman wanita kerana status WhatsApp​


24 Oktober 2024 07:20am

Suspek berjaya ditahan polis Semarang. Foto Agensi

Suspek berjaya ditahan polis Semarang. Foto Agensi


JAKARTA - Gara-gara cemburu dan berasa dikhianati seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya.

Insiden ngeri itu belaku pada 17 Oktober lalu, di rumah sewa mangsa di Jalan Peterongan Timur, Kelurahan Peterongan, Kecamatan Semarang Selatan.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Adhi Nugroho, 28, mengakui kepada polis bahawa cemburu menyebabkan dia bertindak sedemikian.

"Kemarahan saya memuncak beberapa jam sebelum saya membunuh dia (Robiatul).

"Apabila melihat status WhatsApp yang menunjukkan dia bersama lelaki lain," katanya kepada pihak polis Semarang.

Menurut laporan media tempatan, mangsa meninggal dunia setelah ditikam dipercayai menggunakan pisau sebanyak 15 kali.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Semarang, Kombes Pol Irwan Anwar berkata, suspek kini sudah ditahan pihaknya dan bakal berhadapan dengan hukuman mati.

"Ia mengikut Pasal 340 KUHP tentang pembunuhan yang dirancang, menurut undang-undang ini suspek bakal berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup," katanya. - Agensi


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register