Yallah
Active+ Member
- Messages
- 2,801
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 2,801
- Reaction score
- 372
- Points
- 41
Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Pusing Melaka, Tetap Pakai ‘Helmet’ Utamakan Keselamatan
Wahidah Othman
Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal dalam keadaan bogel di Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin, Taman Semabok Perdana, Melaka.
Tak waras, hanya pakai topi keledar dan selipar

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna Facebook, difahamkan lelaki tersebut tidak waras dan menghidap penyakit mental kerana pernah melakukan perkara sama sebelum ini.
Tanpa mengenakan sebarang pakaian, lelaki itu dilihat hanya memakai topi keledar dan berselipar sambil menunggang motosikal jenis Modenas pada siang hari, Rabu lalu.
Susulan tular video tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon berikutan aksi penunggang terbabit. Malah, netizen juga turut berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Setakat ini, video yang memaparkan aksi lelaki tersebut telah mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian di Facebook.