Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,308
Reaction score
174
Points
33
GAMBAR jalan dibina bonggol baharu yang tular.


Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur.

Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.


== hmetro
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,679
Reaction score
545
Points
121
Den dapat rasakan penderitaan pakcik ni.
Semoga pihak berkuasa akan melakukan sesuatu untuk selesaikan masalah dia.
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
12,670
Reaction score
57
Points
130
bila baca n tgk gambar cikgu li rupanya senior aku masa kat UM..xtaulah sape betul sape salah.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,394
Reaction score
2,139
Points
201
Macam2 hal kat ganung lening. kadang2 tak boleh terima dek akal.
 

GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,249
Reaction score
94
Points
40
aku sokong brader ni... pemandu lori, motor kurang ajar tak kira siang malam, jilake
dua bonggol sudah memadai
tapi panas hati punya pasal
[situasi ini sama dgn ku alami kini]
 

dungunboy

Fun Poster
Joined
Oct 14, 2013
Messages
735
Reaction score
136
Points
33
Pernah tanye majlis perbandaran mase nak request buat bonggol kat jalan depan rumah.. diorang kata, kos sebiji bonggol sub kpd kontraktor dekat² RM4k rasenye.. kut tersalah dengar tak pasti la..

Kalau betul la gitu, kaya kontraktor tu.. kos sebenar bina 11 bonggol masih bawah 2K..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,271
Reaction score
2,385
Points
206
aku sokong brader ni... pemandu lori, motor kurang ajar tak kira siang malam, jilake
dua bonggol sudah memadai
tapi panas hati punya pasal
[situasi ini sama dgn ku alami kini]
kalau ada bonggol lagi lama nak menghadap bunyi ekzos.
buatnya dia main rem masa nak lalu tu makin bertambah sakit hati.
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
129
Reaction score
48
Points
20
Aku sorang je ke yang sokong pakcik ni. Haha.
Aku faham apa yang dia alami. Stress oo.
Alu dduk area dekat kilang. Lori lalu, motor bising semua.

I feel u bro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register