Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
10.05.2019 - Bangi, Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb di Bangi diletupkan, dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng yang cuba meyamun wang dalam mesin itu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang datang menaiki kereta untuk cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan namun kami masih belum mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas dua kali cuba melakukan letupan pada jam 7.53 malam.
Sehubungan itu, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengesan suspek.
Katanya siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom.
Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/475577