Yallah
Super Active Member

- Messages
- 7,301
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,301
- Reaction score
- 1,016
- Points
- 151
Lelaki bersenjatakan pedang ditahan di timur London
April 30, 2024 @ 12:43pm
LONDON: Seorang lelaki bersenjatakan pedang bertindak menyerang dan mencederakan beberapa orang berjaya ditahan di Hainault, London.
Pasukan Polis Metropolitan berkata, pihaknya menerima panggilan sebelum 7 pagi (waktu tempatan) selepas sebuah kenderaan memasuki sebuah rumah dan melaporkan orang ramai ditikam.
"Ketika ini, kami difahamkan suspek menyerang orang awam dan dua pegawai polis.
"Kami sedang menunggu maklumat terkini mengenai keadaan mereka yang cedera," katanya.
Perkhidmatan Ambulans London berkata, pasukannya merawat lima orang dan membawa mereka semua ke hospital.
The Met, yang mengawal kawasan seluas 620 1,605 kilometer persegi Greater London, berkata seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap di tempat kejadian.
Timbalan Asisten Komisioner, Ade Adelekan, berkata Insiden itu tidak berkaitan dengan keganasan.
Rakaman video dan gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan seorang lelaki memegang pedang jenis Samurai.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan, berkata beliau terkejut mendengar kejadian itu dan berhubung rapat dengan Pesuruhjaya Polis Met.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Rishi Sunak, mengkritik rekod Khan membabitkan jenayah bersenjatakan pisau di ibu negara Britain.
Menurut statistik rasmi, jenayah bersenjatakan pisau meningkat di London sebanyak 20 peratus pada 2023, dengan 14,577 kesalahan, satu peratus lebih rendah daripada tahap prapandemik hingga Mac 2020.
Di England dan Wales secara keseluruhan, terdapat peningkatan tujuh peratus dalam jenayah bersenjatakan pisau kepada 49,489 kesalahan, dengan kebanyakan (29 peratus) di kawasan metropolitan. -