Lelaki bersenjata pisau bunuh 3 orang awam di gereja Perancis

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,872
Reaction score
11,095
Points
1,906
bersimpati pada mangsa mangsa jenayah kejam ni.
jahat sungguh pelaku ni dan semoga cepat didakwa dan dihukum


namun nak juga ditegaskan bahawa, banyak fitnah berleluasa sekarang
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Macron tu rakyat depa pun mula anti dia
Last month kan ada Yellow Vest protest
sbb ekonomi depa semakin teruk & byk skandal

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
FRANCE-POLICE-ATTACK_1604026142.jpg

Pihak berkuasa membawa keluar mayat mangsa pembunuhan di Nice, semalam. - FOTO AFP

Pemimpin dunia kutuk insiden pembunuhan di Nice

PARIS: Pemimpin dunia mengutuk insiden pembunuhan di Nice, semalam, yang disifatkan Perancis sebagai serangan pengganas Islam.

Mereka yang mengecam termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, selain pemimpin Eropah, Arab serta Israel.

"Serangan pengganas Islam radikal ini mesti dihentikan segera. Tiada negara, sama ada Perancis mahupun yang lain, boleh terus berdepan kejadian sebegini!" kata Trump menerusi Twitter.

Antara yang terawal mengutuk insiden berkenaan ialah Turki, meskipun bertelagah dengan Perancis berikutan negara itu membenarkan penerbitan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan serangan terhadap rakyat Perancis.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan di dalam gereja Notre-Dame di Nice, hari ini (semalam)," kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

Turki sekali gus menzahirkan solidariti bersama Perancis, dan mengucapkan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang maut dalam serangan terbabit.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, turut mengutuk serangan itu dan pada masa sama, menegaskan bahawa 'keamanan tidak boleh dicapai dengan provokasi yang buruk'.

Di Asia Barat, pemimpin Arab dan Islam menegaskan perbezaan jelas antara agama Islam dengan tindakan ganas yang kononnya bagi mempertahankan agama berkenaan.

Kementerian Luar Mesir berkata, kerajaan dan rakyat negara itu berdiri bersama Perancis dalam usaha memerangi insiden kebencian terbabit.

Qatar tidak ketinggalan mengutuk keras kejadian berkenaan dan mengulangi pendirian negara itu yang menolak keganasan, khususnya di rumah ibadat, tanpa mengira motif.

Kementerian Luar Qatar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, pula menggesa umat Islam supaya 'menolak tindakan jenayah itu yang tiada kaitan dengan agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.' - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
PBB kutuk insiden pembunuhan di gereja Perancis

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengutuk insiden seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh tiga individu di dalam sebuah gereja di Nice, Perancis, semalam.

"Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji itu yang berlaku di gereja Notre Dame di Nice, hari ini (semalam)

"Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan sekali lagi menegaskan solidariti PBB bersama rakyat serta Kerajaan Perancis," kata jurucakap, Stephane Dujarric. - AFP
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,668
Reaction score
2,218
Points
151
French President Macron says #France is "under attack by Islamist terrorists"


Macron,,, ko tu yang bahlol takda common sense....

"value of freedom" tak semestinya boleh buat ikut suka benda2 yg boleh memudharatkan....

contoh cyber bullying takde pun physical attack...cuma kata2 di media sosial..... tapi kesan dia, boleh menyebabkan depression, bunuh diri, atau bunuh org yg membuli dan seumpamanya...

so, bila sebut "value of freedom", jangan jadi bod0h.... jgn buat benda2 yg boleh timbulkan kekecohan...

orang seperti Macron ni, memang layak digelar "pemimpin jahil"....benda common sense pun takleh fikir..

..
.

apa2 pun, aku tetap TIDAK bersetuju dengan pembunuhan yang orang islam tu lakukan...

di zaman skarang, sepatutnya boleh fikir jalan lain yang lebih hebat dan biar org respect....


kalau zaman dulu tu lain...zaman dulu tu bunuh-bunuh ni boleh anggap biasa lagi.....
zaman skarang, jangan lah...boleh cari jalan lain utk bagi umat islam menang....
 

2618918

Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
2,423
Reaction score
1,284
Points
111
Bagi melayu & islam yang tak sokong Mahathir pasal isu ni memang bengap la korang. Politik politik jugak
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Pembunuh tu di import dr tunisia

1604029402950.jpeg

adakah perang salib akan bermula lg? :unsure:

tunggu episode seterusnya
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,668
Reaction score
2,218
Points
151
Bagi melayu & islam yang tak sokong Mahathir pasal isu ni memang bengap la korang. Politik politik jugak
aku sokong je Mahathir....

tapi aku rasa apa yg Mahathir katakan dalam twitter tu bukan mengajak orang untuk ramai2 pi bom France...

tapi nak suruh pemimpin France yang takda otak supaya boleh faham,,,benda2 mcm ni mmg boleh timbulkan kekecohan...dan mmg boleh berlaku pembunuhan...

kalau aku sendiri pun, kalau hampir tiap2 hari asyik keluarga kita dihina, mula2 tu mmg la boleh tahan marah lg...
tapi kalau hampirtiap2 hari nampak keluarga kita dihina,, mmg lama2 kita tak boleh control marah...dan mungkin boleh berlaku pergaduhan atau pembunuhan..

kalau berterusan la pemimpin France biarkan ini,, haa elok jugak....biar seluruh negara France tu di-bom sampai ekonomi France down...dan sampai rakyat dia sedar, menyesal dan biar rakyat France marah dgn si Macron tu...

p/s: sekali lg,, aku bukan ngajak org bom France ramai-ramai,,,, tapi benda ni tak mustahil boleh berlaku kalau pemimpin dia still takda otak.....

.
.
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,668
Reaction score
2,218
Points
151
di New Zealand, langsung tiada provokasi terhadap "white people"...
tiba2, pengganas "white supremacy" serang Masjid di Christchurch dan bunuh berpuluh-puluh orang Islam....

= tak logik....sbb takda apa2 masalah, tiba2 dia datang bunuh org...ramai pulak tu....

...
...

di France, berlaku provokasi secara terang-terangan dan hanya dibiarkan saja oleh pemimpin France...
dan disebabkan provokasi terang-terangan ini, memang LOGIK jika ada orang yang akan marah dan mmg logik berlaku huru-hara...


..
..

tapi aku pelik...di New Zealand, takda siapa provokasi...tapi sangat ramai org islam dibunuh..

dekat France ni, aku nampak orang ISLAM masih ada tahap kesabaran yang tinggi, sbb yang dibunuh tak ramai pun (walaupun di-PROVOKE bertubi-tubi dan pemimpinnya biarkan saja provokasi ini.. tapi org ISLAM di sana masih boleh bersabar)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register