Lelaki Bergelar Datuk Terbabit Penipuan Forex dan Krypto

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601

894757.jpg

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan wang tunai yang dirampas pada sidang media mengenai tiga ahli sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang berjaya diberkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki termasuk seorang bergelar Datuk ditahan kerana terlibat penipuan pelaburan tidak wujud, sindiket pelaburan Forex dan mata wang digital kripto dalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pada jam 9 malam itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 27 hingga 40 tahun.

"Suspek utama berusia 40 tahun, baharu sahaja mendapat gelaran Datuk di sebuah negeri awal bulan ini. Siasatan awal mendapati sindiket ini terlibat memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam urus niaga Forex dan mata wang digital dengan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa yang singkat.

"Sasaran mereka adalah pelabur di negara ini termasuk beberapa warga asing seperti dari China, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 10 utas jam tangan berjenama Rolex, dua utas jam tangan jenama Hublot, enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, 16 keping kad visa pelbagai bank dan 22 kepingan emas.

"Turut dirampas wang ringgit Malaysia berjumlah RM2.17 juta, mata wang asing dianggarkan berjumlah RM1.4 juta dan buah kereta mewah dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM4.6 juta," katanya.

Ayob Khan berkata, kegiatan sindiket itu yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu dihidu susulan hasil maklumat yang disalurkan orang awam.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti dan mengesan mangsa terlibat dalam pelaburan berkenaan serta ahli sindiket yang masih bebas.

"Kita sedang menyiasat syarikat utama yang terlibat kerana siasatan masih di peringkat awal. Serbuan hanya dibuat semalam dan perlukan masa yang lebih lama untuk membuat semakan dengan Bank Negara dan sebagainya.

"Ketiga-tiga suspek yang ditahan itu tidak dapat menjelaskan dari mana datangnya wang tunai sebanyak itu di rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan daripada mangsa bagi memudahkan polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap sindiket terbabit.

"Suspek utama berpangkat Datuk itu ada laporan polis terhadapnya tetapi pengadu itu kemudiannya telah menarik balik laporan polis berkenaan.

"Kita percaya ramai individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan berkenaan tapi mereka tidak datang membuat laporan. Harap mangsa tampil buat laporan supaya senang kita jalankan siasatan lanjut," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pelaburan itu boleh tampil membuat laporan polis.

"Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,164
Reaction score
135
Points
83
busuk lagi nama forex selepas kes joe kedah...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Three arrested in Kluang over investment scams, RM3.5mil in cash alone cash seized

JOHOR BARU: Police have arrested three suspects, including a newly-minted Datuk in Kluang who were allegedly part of a syndicate offering fake investment schemes.

Johor police chief Comm Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay said the trio, comprising two men and a woman, were arrested at a two-storey house in Taman Sri Kluang herre at around 9pm on Nov 24.

He said one of the suspects was a 40-year-old who had just received his datukship this month.

“We believe that the suspects, aged from 27 to 40, have been offering non-existent cryptocurrency and forex schemes to unsuspecting victims for the past two to three years.

“They lured their victims locally and from other countries including Singapore, Brunei and China by offering attractive returns within a short period of time.

“We also seized stacks of cash amounting to RM2.1mil, foreign currency worth RM1.4mil, two luxury cars, 12 luxury watches, 22 gold bars, credit cards and other valuables, ” he said at a press conference on Thursday (Nov 26).

The seized items amounted to RM4.6mil in total.

He added that the suspects have been remanded until Nov 27 for investigations under Section 420 of the Penal Code, which carries a jail term of not less than one year and not more than 10 years, caning and a fine, upon conviction.

Comm Ayob urged those who have invested in similar schemes to come forward to aid in police investigations.

Police are in the midst of identifying more syndicate members who are still at large, as well as possible victims, he said.

He also advised the public to be more careful and not to believe in investment schemes which appear too good to be true.

Those with information about the case can get in touch with the police via the Johor police hotline at 07-221 2999.

 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,484
Reaction score
210
Points
43
Datuk, Dato' ,Tan Sri la ni mana boleh pakai da..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register