BTC USD 28,472.4 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Bawah Pengaruh Alkohol Mengamuk, Pukul Dua Polis

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
13,615
Joined
Aug 13, 2008
Messages
13,615
Reaction score
3,961
Points
261
Awards
1
17.03.2023 - Kuala Lumpur, Polis menahan seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di Ipoh tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya telah menerima makluman berkaitan kejadian itu kira-kira 12.10 berhubung lelaki tempatan berusia 30 tahun berkenaan yang terlanggar pengadang jalan berhampiran pos pengawal sebelum mengamuk semasa pemeriksaan dilakukan terhadapnya.

"Akibat serangan lelaki tersebut, kedua-dua pegawai rendah polis terbabit mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Lelaki itu kemudian ditangkap oleh pasukan polis yang sampai memberi bantuan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata suspek kini direman selama tiga hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan.

1679036458186.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/659010
Apa punya berita ni, letak Kuala lumpur tapi jadi kat ipoh....................... Tak de kualiti langsung
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Staf Hospital Mengamuk Dan Pukul Polis Di Ipoh, Di Dakwa Memandu Ketika Mabuk

21.03.2023 - Kuala Lumpur, Seorang kakitangan sebuah hospital awam yang ditahan selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak atas pertuduhan memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol. Jazvinjit Singh, 30, didakwa sebagai pemandu sebuah kereta memandu kenderaan itu dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 167 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah, lebih 117mg daripada had yang ditetapkan iaitu 50mg per 100ml. Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh di Jalan Lapangan Terbang Off Jalan Angsana, Ipoh pada pukul 12.10 tengah malam, Jumaat lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 serta maksimum RM30,000 jika sabit kesalahan. Selain itu tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. M Moganaraj Mithra manakala Jazvinjit diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes. Pada Jumaat lepas, polis menahan lelaki itu yang disyaki di bawah pengaruh alkohol selepas mengamuk dan memukul dua orang pegawai rendah polis di hadapan PLPGU. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan dilaporkan berkata, lelaki berkenaan terlanggar pengadang jalan berhampiran pos pengawal sebelum mengamuk semasa pemeriksaan dilakukan terhadapnya.​

1986974.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register