BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki bantu tunang direjam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
GOMBAK: Niat seorang lelaki mahu membantu menyuraikan pertengkaran tunangnya dengan keluarga wanita terbabit bertukar ganas apabila dia dibaling pasu bunga dan batu-bata menyebabkannya cedera di kepala dan badan di rumah wanita itu di Flat Pinggiran Batu Caves, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 27 bekerja apabila menerima panggilan daripada tunangnya yang meminta dia datang ke rumah kerana dia bertengkar dengan keluarga dan mahu mangsa membawanya pergi.


Menurut sumber, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa ke rumah tunangnya itu.

“Ketika tiba di rumah itu, mangsa melihat adik tunangnya sedang memarahi dan memaki hamun tunangnya itu di tingkat satu menyebabkan dia mencelah dan menjerit supaya mereka berhenti bertengkar.


“Malah, mangsa juga menasihatkan mereka turun dan berbincang, namun adik lelaki tunangnya yang geram mangsa campur tangan memaki hamunnya sebelum mengambil pasu bunga dan membaling ke arahnya,” katanya.


Sumber berkata, terkejut dengan tindakan bakal adik iparnya itu, mangsa cuba mengelak, namun tidak sempat dan terkena di kepalanya.

“Malah, seorang ahli keluarga tunang mangsa campur tangan apabila mengambil batu-bata di kawasan kejadian sebelum membaling ke arah mangsa beberapa kali.


“Mangsa gagal menyelamatkan diri terkena di badan dan pinggang menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum melarikan diri.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang sebelum mendapat rawatan di klinik berhampiran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lelakibantutunangdirejam/Article
 
masalah adik beradik org luar jgn ler masuk campur.. kan dah kena baling pasu.. huhu
 
ni bukan hero hindustan..hero hindustan takkan lari..haha
 
kalu dh keluarga ganas cmtu...xyah ler teruskan....gaduh smpai
baling2 pasu....xde sivik tol...

agak xptt gk mangsa cmpr tngan, tp kalu xcmpr xtau keluarga
tunang ganas cm tu huhuhu....nasib ko ler...

kalu dh nk sgt nk wat cmne....redha jer la...
ptt pangil ketua kg xpon ajk kat situ....
 
mujur tak kena kepala, kalo tak headshot neh, 100% markah
 
hm...tak tahu nak kata apa..

baik cari tunang lain kalau tahu family ganas mcm tu.. :D
 
kalu dh keluarga ganas cmtu...xyah ler teruskan....gaduh smpai
baling2 pasu....xde sivik tol...

agak xptt gk mangsa cmpr tngan, tp kalu xcmpr xtau keluarga
tunang ganas cm tu huhuhu....nasib ko ler...

kalu dh nk sgt nk wat cmne....redha jer la...
ptt pangil ketua kg xpon ajk kat situ....

sama la plk ngn komen ko.. hehe :D
 
Back
Top
Log in Register