Lelaki Bangladesh tawar rasuah dipenjara dua tahun, denda RM12,000

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,920
Reaction score
221
Points
33
bangla-rasuah.jpg


ALOR SETAR: Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara dua tahun dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan RM500 kepada anggota polis, minggu lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Mosarof, 30, selepas tertuduh mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di Plaza Tol Lunas, Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) kira-kira pukul 3.30 petang, 20 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada anggota polis, Koperal Muhammad Syazwan Ahmad Safiudin supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dia ketika kejadian melakukan kesalahan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sementara itu, mengikut fakta kes, tertuduh bersama seorang lagi individu dikenali sebagai Foysal dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Lunas dekat sini sebelum teksi dinaiki mereka ditahan di ekatan jalan raya Ops Covid 19 di Plaza Tol Lunas, BKE.

Seorang anggota polis kemudian meminta kedua-dua mereka menunjukkan surat kebenaran rentas daerah dan negeri serta dokumen pengenalan diri, namun tertuduh hanya menyerahkan pasport dan gagal mengemukakan surat kebenaran tersebut.

Mereka kemudian diarahkan turun dari teksi dan di belakang kenderaan itu, tertuduh telah mengeluarkan wang dari poketnya dan menawarkan RM500 kepada anggota polis berkenaan.

Dia didakwa menawarkan rasuah tersebut sebanyak tiga kali dengan kali pertama tangannya ditepis anggota polis terbabit sambil memberi amaran bahawa perbuatannya itu salah.

Tertuduh seterusnya bertindak memegang tangan anggota polis terbabit dalam cubaan ketiga serta meletakkan wang dalam tangan Koperal Muhammad Syazwan hingga mengakibatkannya ditangkap.

Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fauzee Azizan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim turut memerintahkan supaya tertuduh menjalani hukuman penjara setahun sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Tertuduh tidak membayar denda tersebut.


== Utusan Online
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,483
Reaction score
374
Points
46
elok sgt diambil tindakan org camni ..lau ambil, silap haribulan, boleh 'backfire'..kononnya dia jadi mangsa peras ugut,dsb
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,503
Reaction score
282
Points
96
Elok penjarakan jer tapi kes2 menteri2 yg terima rasuah n yg beri rasuah xde sorgpun kena penjara lagi.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,208
Reaction score
2,608
Points
206
musibat betul benggala ni.
tak boleh halau terus dan blacklist dari masuk malaysia ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
musibat betul benggala ni.
tak boleh halau terus dan blacklist dari masuk malaysia ke?
Nanti ada la tu panggil wartawan luar negara buat citer sedih
Menyusahkan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register