BTC USD 28,456.2 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Bangladesh diburu langgar lari

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,780
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,780
Reaction score
576
Points
121
Lelaki Bangladesh diburu langgar lari
FB_IMG_1675508237677.jpg

KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor, Selangor.




KUALA SELANGOR: Polis memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang melarikan diri selepas dipercayai melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Teluk Piah Kanan di sini, kelmarin.
Advertisement

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan motosikal Honda EX5 ditunggang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

Bagaimana pun, pemandu terbabit meninggalkan kereta berkenaan sebaik kemalangan dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Ads by Kiosked
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersendirian sedang menuju ke Bukit Rotan.

“Setiba di lokasi, kereta Waja yang datang dari arah belakang melanggar motosikal itu sehingga mangsa tercampak ke atas jalan.

“Pemandu itu kemudian dipercayai bertindak keluar daripada kereta dan terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang parah kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut, sementara polis sedang mengesan pemandu terbabit termasuk di kawasan Kuala Selangor dan Jeram.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan kira-kira pukul 11 pagi hari sama. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada otak akibat kemalangan itu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register