Lelaki bakar, pijak gambar Guan Eng cedera diserang

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BUTTERWORTH: Seorang penghantar surat yang memijak dan membakar gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bulan lalu, menerima 16 jahitan di paha kanan akibat diserang sekumpulan lelaki di Zon Industri Mak Mandin di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, S Krishnan, 47, menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, turut cedera di belakang badan dan tengkuk.

Kejadian dipercayai berkaitan keengganan mangsa meminta maaf kerana memijak dan membakar gambar Guan Eng, ketika menyertai demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown, bulan lalu.

Mangsa yang bekerja di sebuah firma guaman, berkata kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Mak Mandin.

Ketika dalam perjalanan, dia menyedari sekumpulan lelaki mengekorinya, singgah di sebuah stesen minyak untuk mencari perlindungan.

Selepas berasa kumpulan lelaki itu menghilangkan diri, dia meneruskan perjalanan sebelum dihalang dua lelaki menaiki sebuah motosikal di Zon Industri Mak Mandin.

Selepas itu, enam lagi lelaki muncul dan mengepungnya. Apabila seorang daripada lelaki berkenaan memaklumkan mahu bercakap dengannya, Krishnan mencadangkan supaya mereka pergi ke sebuah restoran.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan bertindak agresif dan menyerangnya dengan senjata tajam, termasuk menetak di paha.

“Seorang penyerang berteriak supaya kaki saya ditetak. Saya bertindak melawan dan sempat melepaskan beberapa tumbukan sebelum mereka melarikan diri,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Raja Uda di sini, awal pagi semalam.

Selepas kejadian, Krishnan menghubungi rakannya bagi membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Krishnan tidak menolak kemungkinan serangan itu ada kaitan dengan tindakannya membakar serta memijak gambar Guan Eng.

Dia mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dihubungi individu tidak dikenali baru-baru ini memintanya meminta maaf kepada Guan Eng kerana memijak dan membakar gambar Ketua Menteri.

“Bagaimanapun saya tidak mengendahkannya dan tidak membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan
 
Sponsored Post

kOmAnDeR

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,658
Reaction score
14
Points
25
Tu ler padah sajer2 jer gi pijak gambar org apasal...nmpak x beradab sngat...pijak ler mender lain...pijak kayu ker...pijak daun ker jgn pijak taik udah huhuhu
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tu ler padah sajer2 jer gi pijak gambar org apasal...nmpak x beradab sngat...pijak ler mender lain...pijak kayu ker...pijak daun ker jgn pijak taik udah huhuhu
dia tak leh pijak taik sebab dia pun otak mcm taik :))
 

kOmAnDeR

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,658
Reaction score
14
Points
25
Aku prnah gak pijak taik!! tp pijak tenyeh2 taik idong aku sndiri bila dh buang tu tkut org jumper huhuhu
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
Aku prnah gak pijak taik!! tp pijak tenyeh2 taik idong aku sndiri bila dh buang tu tkut org jumper huhuhu
taik idong ko besar sangat ker?ke lubang hidong ko yang besar? :)):eek::)):-?

apa2 pun..pijak gambar je..bukan pijak tuan punya gambar..aku tengok dalam berita semalam ok je pakcik yang pijak gambar tuh..tak nampak lebam2 pon..kena upah nih kot :-?
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
wah igt orang melayu je menci kt guang eng ..
orang india pon menci ~ huhu petanda petanda
 
Sponsored Post
Top
Log in Register