BTC USD 65,554.4 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Bakar Diri Untuk Halang Bangunan Tambahan Kuil Diroboh Meninggal Dunia

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Lelaki Bakar Diri Untuk Halang Bangunan Tambahan Kuil Diroboh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki India yang membakar dirinya kerana membantah tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian daripada setor sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong pada 8 November lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Selasa.

M. Chakragunasegaran,52, yang mengalami kebakaran teruk di muka dan badannya meninggal dunia pada jam 9.15 pagi - selepas 22 hari dirawat di hospital itu.

Dia meninggalkan isteri dan lima orang anak.

Adalah difahamkan, mendiang akan dibakar di Rumah Pembakaran Mayat di Kampung Tunku pada jam 12 tengah hari Rabu.

Dalam kejadian 8 November lalu,Chakragunasegaran telah membakar dirinya untuk menghalang lebih 200 kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan anggota Rela daripada merobohkan sebuah bangunan tambahan yang dijadikan setor dan bersambungan dengan Kuil Sri Srinivasa Perumal.


-- mStar
 
Sponsored Post

agigas

Active Member
Joined
Oct 8, 2009
Messages
1,849
Reaction score
235
Points
38
yg pi ceroboh tanah rizab tu apasal? nak kira salah org lain je, salah pengurusan kuil tu xnak kire plak. pehni, mulela nak demo kate pihak berkuasa kejam la hape la. sendiri yg bakar diri, bukan org suruh pon. tak pasal bini jadi balu, anak jadi yatim
 

sawamura

Legendary Member
Joined
Mar 24, 2010
Messages
12,479
Reaction score
925
Points
161
ehh..nih isu yg hari tuh ker.. atau yg lain nih :-?

teman rasa masa dia start rasa pedih2 api membakar tuh kan, mesti time tuh dia start rasa nyesal wat keje ****..

die for nothing.. kes kes.. :))
 

FaridZainol

Active Member
Joined
Dec 23, 2009
Messages
1,875
Reaction score
62
Points
30
Mungkin niat tu baek, nk mempertahankn kuil dia....tapi cara tu biarla btol.
Tgk skarang, kecian anak bini sebatang kara...
 

geesya

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2009
Messages
7,456
Reaction score
243
Points
73
ni yg kes ari tu ekk..cian pulak
demi agama dia
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
nak pertahankan agama....mmg satu kerja mulia....tp kalau dh terang-terangan ambik hak org lain....takyahla nak pertahankan.....yg salah tetap salah

islam plg sempurna...hak org tetap hak org. kalau tanam pisang, then pokok pisang tu bercambah hingga ke tanah org....kita tak boleh ambik pisang dr pokok di atas tanah org tu tanpa izin tuan tanah...wpun asalnya usaha dr kita.... :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register