BTC USD 59,976.7 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Australia bunuh diri dalam rumah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,451
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,451
Reaction score
966
Points
171
19952.jpeg

Anggota membuka pintu kediaman warga Australia itu. IHSAN JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Australia ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Jalan Bemban, Ampang, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.19 tengah malam.

Katanya, seramai 10 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fariszuan Jumaat, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati pintu rumah berkunci.

“Setelah anggota berjaya membuka pintu, terdapat seorang lelaki telah meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, lelaki warga Australia berusia 48 tahun itu dipercayai membunuh diri.

“Mayat lelaki itu diserahkan pada pihak polis bagi siasatan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register