- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
Damansara-Dalam kejadian bermula pukul 6.15 pagi semalam, tiga kereta iaitu dua Mercedes dan sebuah kereta BMW terbakar.
Ketiga-tiga kereta yang terbakar itu diletakkan di luar rumah oleh pemiliknya iaitu dua melibatkan kereta di Jalan Pudina dan sebuah lagi di Jalan Limau Manis. Kereta paling teruk mengalami kerosakan ialah BMW.
Tiga perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh orang sama iaitu membabitkan seorang 'Lelaki Api' bermotosikal berusia 30-an.
Pemilik kereta BMW, Kuldep Singh, 50, yang tinggal di Jalan Pudina berkata, ketika kejadian pukul 6.15 pagi itu, beliau sedang tidur di rumah dua tingkat miliknya.
"Saya tersedar apabila terdengar bunyi seperti dentuman kuat dari luar rumah dan diikuti bunyi hon kereta saya berbunyi.
"Apabila saya jenguk dari tingkap saya ternampak seorang lelaki bermotosikal memecut laju meninggalkan kereta saya," kata beliau ketika ditemui Kosmo! semalam.
Menurutnya, beliau kemudian keluar dan terkejut mendapati keretanya sedang terbakar.
Dapat tangkap bakar dia pula..