BTC USD 48,980.3 Gold USD 1,784.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~* Lelaki acuan Al-Quran *~

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,423
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
“Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu”

“Lelaki acuan Al-Quran dialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang”

“Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat”

“Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah SWT ke atasnya”

“Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca Al-Quran
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan”

“Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian”

“Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran”
 
Sponsored Post

Wea Izre

Legendary Member
Messages
14,026
Joined
Apr 13, 2007
Messages
14,026
Reaction score
33
Points
120
pasni leh ah bukak thread lelaki acuan hadis pulak,ok gak tuh
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
adeh..

saya langsung xde ciri2 nih....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register