Leka berhibur 6 anggota, pegawai polis ditahan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,342
Reaction score
178
Points
33
GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Empat anggota dan dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) ditahan ketika leka berhibur di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, seramai 21 individu turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut sumber, enam polis itu berada di dalam pusat hiburan berkenaan dipercayai untuk berhibur.

"Semua anggota dan pegawai polis itu menjalankan ujian saringan air kencing dan didapati negatif.

"Pemeriksaan mendapati semua mereka yang ditahan adalah dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, IPD Gombak dan IPD Klang Selatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, individu awam yang ditahan pula di kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8).

"Operasi dijalankan susulan maklumat awam berikutan terdapat pusat hiburan masih beroperasi walaupaun tidak dibenarkan beroperasi ketika tempoh PKPB.

"Premis didapati menggunakan lesen restoran dan bar serta tidak mempunyai lesen hiburan yang sah," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,381
Reaction score
2,420
Points
206
banyak news polis je kena tahan semenjak dua menjak ni.
apalah nak jadi.
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,786
Reaction score
642
Points
81
Polis berhibur?

Bukak pulak kelab mlm time² pkpb ni ye..

Mmg sah la polis lahanat..patut ko serbu kelab mlm tu..

Ni pi join da club lagi...hanattt
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,475
Reaction score
738
Points
121
D7, yg bertanggungjawab cegah maksiat,judi..

tiba2 duk berhibur kat pusat hiburan waktu PKP ni....hmmm..

memang hancur polis kita ni
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,620
Reaction score
1,392
Points
201
tauke kedai tgh bayar cukai?
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,456
Reaction score
1,882
Points
201
D7 ni nasib tak baik..musim covid takleh gi obersea
Biasa berhibur di luar negara selamat sket
 
Sponsored Post
Top
Log in Register