BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM2 juta dirampas daripada pegawai kanan polis disyaki lindungi aktiviti haram

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,754
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,754
Reaction score
6,411
Points
881
Awards
1
Lebih RM2 juta dirampas daripada pegawai kanan polis disyaki lindungi aktiviti haram

Lebih RM2 juta dirampas daripada pegawai kanan polis disyaki lindungi aktiviti haram
KUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan seorang pegawai kanannya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara.

Pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu, ditahan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan penahanan pegawai terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.

"Pada masa ini sebarang tindakan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil bergantung kepada hasil siasatan SPRM.

"Kita serahkan kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu dan selepas itu barulah kita akan melihat tindakan daripada pihak kita (PDRM)," katanya kepada BH hari ini.

Allaudeen berkata pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku membabitkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Berdasarkan maklumat sumber, pegawai kanan itu ditahan selepas disyaki terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Katanya, penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan wang tunai lebih RM2 juta selain turut memiliki harta yang tidak munasabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Katanya, pegawai itu sudah direman selama tiga hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan.
 
Sponsored Post

Itula lain kali kaya tu jgn tunjuk sangat.

Hasad dengki bangsa sendiri tu bahaya.

Dah kau keja biasa, naik keta mewah jam mahal melancong sana sini. Memang la orang curious.

Tapi at least gunala duit tu bina masjid dulu.

Kantoi pun, pahala ko bina masjid tetap jalan sampai kiamat.
 
Kenapa orang Malaysia suka memberi alasan😜?

IGP akui gaji rendah antara faktor polis terlibat rasuah

Dikemaskini: 3:27 PM

f7ed327f5219c81dee4ef4acb585e57f.jpg


Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain, hari ini tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu antara faktor yang menyebabkan seseorang pegawai serta anggota terlibat dalam kesalahan rasuah.

Beliau berkata selain faktor tersebut, banyak lagi faktor lain yang perlu dilihat ke arah melahirkan pegawai dan anggota yang bersih serta berintegriti.

"Memang saya akui, gaji itu merupakan satu daripada faktor. Saya ambil indikator begini gaji konstabel termasuk elaun RM2,500 menetap di Kuala Lumpur dia (dikategorikan) miskin bandar, tetapi, kalau duduk di Kuala Nerang (Kedah), Besut (Terengganu) dan Kinabatangan (Sabah) atau Beluran (Sabah) gaji dia itu banyak, itu antara satu faktor yang perlu dilihat.

"Kalau dibandingkan dengan Singapura tiada rasuah sebab gaji kecil kerana itu negara kecil. Kita sendiri ada 137,000 personel dan akan bertambah pada tahun ini dengan kemasukan 4,000 lagi (pegawai dan anggota polis)," katanya kepada pemberita selepas program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di Klang, hari ini.

c5fd2682d0201c89403f46f566a0a835.jpg


Razaruddin turut menjelaskan bahawa masih terdapat kes-kes rasuah membabitkan golongan yang berpendapatan tinggi.

"Kalau gaji konstabel ini sikit dan terlibat dalam rasuah, saya boleh bagi peratusannya, kita juga biasa dengan berita apabila ada pengarah syarikat dan agensi pun ditangkap.

"Adakah gaji mereka sedikit? Oleh itu, perkara ini lebih kepada sikap seseorang itu," tegas Razaruddin.

Dalam pada itu, Razaruddin berkata mana-mana pihak boleh membuat laporan terhadap dirinya sekiranya beliau melanggar undang-undang atau peraturan.

3150486929d087d8ef3571a2d58d3beb.jpg


"Masyarakat mempunyai hak dari segi undang-undang dan perlembagaan dalam menyalurkan maklumat atau membuat laporan terhadap mana-mana polis di negara ini.

“Sekiranya, saya langgar undang-undang dan tidak ikut peraturan, laporkan disebabkan saya pun polis.

"Kita memang terbuka dan mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara beri maklumat dan laporkan supaya siasatan adil dapat dijalankan.

“Mana-mana pegawai dan anggota terlibat, kita akan tuduh di mahkamah," katanya.

- Bernama
 
Pegawai Kanan Polis Lindungi Sindiket Haram Di Arah Isytihar Harta

25.04.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sindiket haram di ibu negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya masih menunggu pengisytiharan harta daripada pegawai kanan terbabit.

“Kes berkenaan akan dibawa kepada timbalan pendakwa raya bagi arahan selanjutnya untuk pertuduhan atau sebaliknya. Selain itu, kes ini masih dalam siasatan kami dan selepas 28 April ini pegawai penyiasat SPRM akan menyegerakan tindakan penyiasatan berhubung apa yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu di Gua Musang, hari ini.

Azam berkata selepas menerima notis pengisytiharan harta daripada pegawai penyiasat SPRM, beliau memberikan tempoh dua minggu kepada pegawai terlibat untuk menyiapkan laporan akhir kes berkenaan. Menurutnya, proses penyiasatan perlu mengikut undang-undang sebelum pertuduhan dilakukan meskipun terdapat penemuan wang tunai di premis milik pegawai kanan polis terbabit.

“Ada satu perkara yang mengikut undang-undang kita perlu patuhi yang mana beliau telah diberi notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 yang menghendaki dia (pegawai kanan polis) untuk mengisytiharkan hartanya,” katanya.

Pada 23 Mac lepas, seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. Berikutan itu, hasil pemeriksaan di beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta. Sementara itu, Azam mendedahkan sebanyak 22 kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pelbagai isu di Gua Musang ini dikesan SPRM dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. Beliau berkata antara kesalahan dikesan membabitkan isu penguatkuasaan, pendidikan, pentadbiran, hal mineral dan hutan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/703626
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register