Lebih ramai penulis blog hina Raja akan ditahan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU: Lebih ramai penulis blog yang didapati menghina institusi beraja dan menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini, akan ditahan jika pihak berkuasa mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web terbabit.

Selain itu, katanya, pihak KDN akan terus bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar undang-undang hasutan serta menghina Raja.

“Hal yang berkaitan institusi Raja, perkara yang agak sensitif menyentuh agama dan kaum, saya sudah buktikan dalam konteks gereja dibakar di Kuala Lumpur, surau dibaling batu dan cubaan bakar surau di Muar.

“Kita akan menghukum mereka yang bersalah dan memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia tidak berleluasa dan merebak serta menyentuh emosi yang akhirnya apabila rakyat dibakar emosi, negara kita huru hara dan waktu itu sudah terlewat, " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada lebih ramai penulis blog akan ditahan kerana menghina institusi beraja, agama dan kaum di Malaysia. Juruteknik komputer, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, melalui adukataruna.blogspot.com.my. menghadapi tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Hishammuddin berkata, selepas Khairulnizam ada lagi yang bakal dikenakan tindakan sama oleh pihak berkuasa.

“Saya percaya tindakan kita menunjukkan kita serius, kita bawa sesiapa saja... anak polis dan ahli politik, jika didapati bersalah dan cukup bukti kita akan ambil tindakan di mahkamah.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa berapa ramai dan siapa orangnya. Jangan sampai kita menjejaskan siasatan yang dikendalikan Pengarah Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ketika ini.

“Sebarang maklumat yang keluar tidak tepat dan boleh menjejaskan penyiasatan, tapi kita cukup sensitif terhadap apa yang berlaku, ” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan adalah tidak tepat.
 
Sponsored Post

theskems

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2008
Messages
209
Reaction score
4
Points
15
Kalau orang mempersoalkan sesuatu berdasarkan fakta yang jelas tidak perlu lah tangkap. Perbincangan ni sebenarnya sihat tapi kerajaan nampak sebagai merbahaya. Daripada takut2kan orang supaya jangan bincangkan isu sensitif lebih baik didik masyarakat makna meaningful and professional discussion. Emosi diketepikan, fakta diketengahkan.
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
tetapi sekarang emosi yg di utamakan...
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
penulis2 blog yg keterlaluan patut di tahan .....
kena brain wash derang ni skit,supaya tau menghormati org lain...
jangan sesukahati jer...
 

theskems

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2008
Messages
209
Reaction score
4
Points
15
Kalau korang fikir balik, berdasarkan apa yang berlaku sekarang nih i.e. bakar tempat ibadat, ini semua sebab segala bentuk perbincangan berkaitan isu sensitif disekat. As a result orang malaysia khususnya orang melayu tak tahu macam mana nak berbincang so they chose violence to convey their message. Bila dibawak berbincang contoh nya kes nak bina kuil di seksyen 23, mereka bertindak kasar dan ganas untuk menjayakan tuntutan mereka. Malaysiaku, a third world country.

Berkait dengan topik sultan, ini artikel aku jumpa kat website abu dhabi dalam bahasa inggeris berkenaan Al-marhum Sultan Iskandar: http://www.thenational.ae/apps/pbcs.dll/article?AID=/20100130/WEEKENDER/701299843
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register