BTC USD 61,216.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 90% Usahawan PMKS Gulung Tikar Jika PKP Berterusan

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
Xpa bnm kata ekonomi berkembang, berkembang kt kapitalis la kot hahaha

Ceq tak gheti mana bab ekonomi
Jadi tak nampak la tang mana hat berkembang tu
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Peniaga mahu adakan dialog bersama kerajaan

Oleh Alzahrin Alias- September 16, 2021 @ 2:37pm
[email protected]

PENIAGA_BARANGAN_KRAF_DAN_MAKANAN_TRADISIONAL_1631774213.jpg

Peniaga kraftangan dan makanan tradisional Pusat Jualan Kraftangan Pahlawan Walk Market, Hafizi Zakaria, 33, memulakan perniagaan semula selepas hampir lima bulan tidak beroperasi - NSTP/Syafeeq Ahmad

KUALA LUMPUR: Persekutuan dan persatuan perniagaan menggesa kerajaan melaksanakan libat urus bersama bagi membantu mencari penyelesaian kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Mohamed Mustakim Manaf, berkata sesi bersama itu adalah penting bagi persatuan memberi maklum balas dan situasi sebenar yang dihadapi PKS ketika ini.

Beliau berkata, perbincangan seperti itu boleh memberikan input serta penanda aras kepada kerajaan untuk melaksanakan inisiatif dan agenda pemulihan PKS secara lebih berkesan.

"BRO akan mengambil langkah proaktif untuk libat urus dengan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang akan menubuhkan jawatankuasa khas membantu PKS.

"Namun, ketika ini masih belum ada jemputan kepada kami. Justeru, kami meminta agar menteri yang berkenaan mendengar permintaan persatuan perniagaan dan membabitkan golongan peniaga dalam jawatankuasa khas itu," katanya.

Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar semasa di Dewan Rakyat pada Rabu menyatakan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memastikan semua bantuan dan peruntukan dapat diselaraskan.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan dan akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan perniagaan kecil di negara ini.

Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong, pula keputusan MEDAC menubuhkan jawatankuasa khas adalah wajar dan tepat pada masanya bagi membantu PKS, ketika sebahagian sektor perniagaan mula dibenarkan beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, PKS ketika ini berada dalam situasi yang sangat membimbangkan dan majoriti hampir menutup operasi jika tiada tindakan lanjut dari kerajaan.

"Ia masa yang tepat bagi penubuhan jawatankuasa ini bagi membantu PKS. Inilah perkara yang sangat ditunggu oleh semua pihak yang berkaitan.

"Saya juga ingin menyarankan libat urus bersama ini perlu membabitkan persatuan-persatuan perniagaan yang besar seperti PKS Malaysia, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM)," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Raymond Woo, berkata pembabitan pihak berkepentingan dalam PKS adalah penting bagi menentukan hala tuju yang tepat dalam membantu peniaga.

Beliau berkata, persekutuan dan persatuan perniagaan adalah pihak yang sering dijadikan rujukan oleh PKS dalam setiap perkara selain menjadi panduan bagi memahami isu serta permasalahan yang dihadapi mereka.

"Kami terbuka jika diberikan peluang untuk bersama MEDAC membantu mencari penyelesaian dan merangka bantuan kepada PKS.

"Sudah pasti, libat urus bersama ini akan memberi kebaikan kepada perniagaan bagi memberikan maklum balas pantas dan tepat," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Bantuan segera elak PKS gulung tikar

Oleh Latifah Arifin dan Nasarudin Parzi- September 17, 2021 @ 8:03pm
[email protected]

COVID-19_PKS_HIDAYAH_COOKIES_1631880207.jpg

Sarimah Jantan (kiri) menyiapkan roti di Sungai Kandis. - Foto hiasan NSTP/OSMAN ADNAN

KUALA LUMPUR: Bantuan keseluruhan berjumlah RM500 juta yang disalurkan menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi setiap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terlalu kecil untuk memulihkan pendapatan pengusaha yang terjejas teruk.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata pihaknya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan, namun berharap bantuan lebih menyeluruh dengan mengambil kira keperluan terdesak peniaga kecil, bagi meneruskan perniagaan masing-masing.

"Banyak peniagaan kecil yang lumpuh dan sudah beberapa bulan mereka tidak dapat berniaga.

"Pada pandangan saya, jumlah bantuan ini tidak mencukupi kerana untuk memulihkan semula perniagaan, bantuan kewangan lain turut diperlukan. Antara yang kritikal ialah membayar sewa kedai. Ramai yang gagal menjelaskannya bagi tempoh panjang, lebih enam bulan.

"Pada masa sama, pengusaha PKS juga tidak dapat beroperasi seperti biasa kerana tidak mampu menggajikan pekerja. Jadi, bantuan kerajaan untuk membayar upah pekerja amat diperlukan ketika ini," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro.

Michael berkata, kerajaan wajar mempertimbang bantuan tambahan kepada PKS terutama bantuan sewaan kedai sehingga hujung tahun bagi membolehkan peniaga kecil terus bertahan dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Usahawan Melayu Selangor, Mohammad Kamal Mohd Khalid, berkata pihaknya sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega bagi meneruskan perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

"Melalui bantuan ini, ia dapat digunakan untuk untuk menambah bayar sewaan premis dan ada juga yang membuat tambahan modal bagi meneruskan perniagaan.

"Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa depan bagi membantu peniaga dalam meningkatkan sekali gus menstabilkan semula perniagaaan mereka," katanya.

Mohammad Kamal berkata, kerajaan juga wajar menyediakan bantuan dan pinjaman perniagaan yang mudah dan cepat dalam tempoh mendesak sekarang.

"Kami mengharapkan bantuan dan pinjaman perniagaan bagi PKS dipermudah. Kenakanlah syarat yang tidak menyusahkan.
"Langkah ini penting supaya kami dapat meneruskan perniagaan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi kritikal ini, sewajarnya Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melaksanakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perniagaan bagi membincangkan secara terperinci mekanisme dan langkah pemulihan terbaik bagi membantu usahawan PKS terjejas.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Bantuan GKP 4.0 tak cukup - DPMM

Oleh Latifah Arifin- September 17, 2021 @ 9:23pm
[email protected]

pks_1631885005.jpg

DPMM menganggap bantuan RM500 tidak dapat membantu kelangsungan peniaga kecil. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 tidak mencukupi untuk menampung modal dan memulihkan perniagaan.

Presidennya, Abdul Halim Husin, berkata usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini terkesan disebabkan pelbagai faktor, bukan sahaja disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya lihat bantuan ini dapat meringankan beban tetapi ia tidak mencukupi. Jumlah RM500 yang diberikan untuk sebulan tidak mampu menampung kos perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan yang modalnya mencecah RM1,000.

"Ditambah dengan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini yang membebankan, ini tentunya tidak cukup untuk peniaga kecil bertahan dengan hanya bergantung kepada bantuan itu," katanya kepada BH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro.

Abdul Halim berkata, pengusaha PKS kecewa kerana bantuan yang diberikan itu tidak memadai untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

"GKP 4.0 kali ini bagaikan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), bukan PKS.

"Ia seolah-olah bantuan untuk beri makan seorang anak selama sebulan," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
BANTUAN PKS | MEDAC Peruntuk RM7.2 Bilion, Bantu Usahawan Terjejas COVID-19

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan lebih RM7.2 billion bagi bantu 200,000 usahawan terkesan akibat pandemik COVID-19.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
ILTIZAM EMP IHSAN | Ekuinas Sedia Dana RM10 Juta Bantu Usahawan

Ekuiti Nasional akan salurkan dana RM10 juta bagi membantu 4,000 usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sehingga kini, RM1.5 juta telah diagihkan menerusi entiti pengurusan zakat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Menerusi program ILTIZAM EMP Ihsan, bantuan kewangan RM2,000 disalurkan kepada usahawan mikro dan kecil yang terjejas, dengan kerjasama 14 entiti pengurusan zakat seluruh negara.

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533
Points
201

Kwn aku usahawan pks, br nie langkawi bk dia awai2 lg pi hehehe....bnyk noo depa dpt bantuan
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,308
Reaction score
2,884
Points
201

Bantuan segera elak PKS gulung tikar

Oleh Latifah Arifin dan Nasarudin Parzi- September 17, 2021 @ 8:03pm
[email protected]

COVID-19_PKS_HIDAYAH_COOKIES_1631880207.jpg

Sarimah Jantan (kiri) menyiapkan roti di Sungai Kandis. - Foto hiasan NSTP/OSMAN ADNAN

KUALA LUMPUR: Bantuan keseluruhan berjumlah RM500 juta yang disalurkan menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi setiap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terlalu kecil untuk memulihkan pendapatan pengusaha yang terjejas teruk.

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata pihaknya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan, namun berharap bantuan lebih menyeluruh dengan mengambil kira keperluan terdesak peniaga kecil, bagi meneruskan perniagaan masing-masing.

"Banyak peniagaan kecil yang lumpuh dan sudah beberapa bulan mereka tidak dapat berniaga.

"Pada pandangan saya, jumlah bantuan ini tidak mencukupi kerana untuk memulihkan semula perniagaan, bantuan kewangan lain turut diperlukan. Antara yang kritikal ialah membayar sewa kedai. Ramai yang gagal menjelaskannya bagi tempoh panjang, lebih enam bulan.

"Pada masa sama, pengusaha PKS juga tidak dapat beroperasi seperti biasa kerana tidak mampu menggajikan pekerja. Jadi, bantuan kerajaan untuk membayar upah pekerja amat diperlukan ketika ini," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro.

Michael berkata, kerajaan wajar mempertimbang bantuan tambahan kepada PKS terutama bantuan sewaan kedai sehingga hujung tahun bagi membolehkan peniaga kecil terus bertahan dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Usahawan Melayu Selangor, Mohammad Kamal Mohd Khalid, berkata pihaknya sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega bagi meneruskan perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

"Melalui bantuan ini, ia dapat digunakan untuk untuk menambah bayar sewaan premis dan ada juga yang membuat tambahan modal bagi meneruskan perniagaan.

"Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan pada masa depan bagi membantu peniaga dalam meningkatkan sekali gus menstabilkan semula perniagaaan mereka," katanya.

Mohammad Kamal berkata, kerajaan juga wajar menyediakan bantuan dan pinjaman perniagaan yang mudah dan cepat dalam tempoh mendesak sekarang.

"Kami mengharapkan bantuan dan pinjaman perniagaan bagi PKS dipermudah. Kenakanlah syarat yang tidak menyusahkan.
"Langkah ini penting supaya kami dapat meneruskan perniagaan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi kritikal ini, sewajarnya Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melaksanakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perniagaan bagi membincangkan secara terperinci mekanisme dan langkah pemulihan terbaik bagi membantu usahawan PKS terjejas.

Ermmm 500juta bahagi sama2 utk sejuta pengusaha = dpt la rm500 sorang ๐Ÿ˜‚

Ok la tu drp tak dpt apa2
Bersukurlah dgn rejeki kurniaan tuhan
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register