Lebih 640 hektar tanah rizab Melayu di Sitiawan hilang sejak 2005

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
1611467089712.png


Lebih 640 hektar tanah rizab Melayu di Sitiawan hilang sejak 2005
Oleh MALAYSIA DATELINE
January 24, 2021 12:11 pm

Seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, tanah tersebut telah dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.


Beliau menegaskan pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

https://www.mgid.com/ghits/d/109614...=1611467041&wrst=1611467117&muid=k9fS3EJwfbk0


Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak mulai 2009 hingga 2013 itu mendakwa perkara tersebut melibatkan sindiket dengan lebih mencurigakan kelulusan pecahkepada 317 lot itu hanya diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

“Ini satu perkara yang mencurigakan, malah hal menjadi lebih ketara apabila surat ini ditandatangani oleh bagi pihak (wakil) Pentadbir Tanah Manjung.

“Ini bermaksud, ia bukan ditandatangani oleh Pentadbir Tanah itu sendiri, sebaliknya hanya wakil.

“Kemudian kita dapati banyak lagi perkara tidak konsisten dalam surat itu, seolah-olah ia disiapkan secara tergesa-gesa,” dipetik wawancara Mingguan Malaysia hari ini.

Pada 24 September tahun lalu, Hamidah yang juga Pengerusi Penyelaras Putra Perak telah membuat laporan polis mengenai dakwaannya itu bersama Setiausaha Penyelaras Putra Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Bumi dipijak milik orang!
Hamidah1.jpg

Datuk Hamidah Osman MINGGUAN/ AMIR KHALID

  • 24 Januari 2021, 11:00 am



Mukadimah Mengejutkan! Itu gambaran yang boleh diberi susulan pendedahan melalui wawancara eksklusif ini. Ceritanya, Mingguan Malaysia pada minggu lalu diberitahu, ada satu sindiket telah menyeleweng 1,604 ekar tanah rizab Melayu di Sitiawan, Perak. Mendengar sahaja perkara itu, beberapa pertemuan diatur dengan pasukan forensik tanah yang terlibat menyiasat penyelewengan ini. Ia dipengerusikan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah…







Tanah rizab Melayu hilang
tnah-rizab-resize.jpg

Hamidah Osman meninjau kawasan Tanah Rizab Melayu yang didakwa dipindah milik kepada bukan Melayu di Sitiawan, baru-baru ini. – MINGGUAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

  • 24 Januari 2021, 9:00 am


KUALA LUMPUR: Seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di Perak didakwa telah dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket yang didakwa didalangi oleh pegawai kerajaan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mendedahkan, sindiket itu menyasarkan tanah di daerah Sitiawan yang telah digazetkan sebagai tanah rizab Melayu pada 1930. “Tanah ini asalnya…

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,208
Reaction score
2,608
Points
206
rizab ni memang kena ganti kan kalau ikut pemahaman.
kalau kena rembat dengan cina boleh ambil balik atau ganti di kawasan lain.

tapi pegawai-pegawai rasuah ni pun perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
rizab ni memang kena ganti kan kalau ikut pemahaman.
kalau kena rembat dengan cina boleh ambil balik atau ganti di kawasan lain.

tapi pegawai-pegawai rasuah ni pun perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

betul tn kopirait, rezab mmg kena ganti tapi ada saya terbaca, ia tidak diganti, jadi tanah rizab berkurangan

MB consent pun perlu diperketatkan, jangan simply bagi persetujuan pada non malay utk pengambilan tanah rizab ni
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,470
Reaction score
1,467
Points
201
betul tn kopirait, rezab mmg kena ganti tapi ada saya terbaca, ia tidak diganti, jadi tanah rizab berkurangan

MB consent pun perlu diperketatkan, jangan simply bagi persetujuan pada non malay utk pengambilan tanah rizab ni
Nak tanya kalau tukar status tanah pertanian kepada pembangunan,rezab turut bertukar ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
View attachment 333502

Lebih 640 hektar tanah rizab Melayu di Sitiawan hilang sejak 2005
Oleh MALAYSIA DATELINE
January 24, 2021 12:11 pm

Seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, tanah tersebut telah dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.


Beliau menegaskan pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

https://www.mgid.com/ghits/d/10961461/i/57361115/pp/1/1?h=29bXaaQkwjA6lpavQv9g7idoZjNbgEvGjPVlaOACu0J5Ch7HrBM4OKCYcRyzt4cU&rid=2681f073-5e07-11eb-935a-08f1eaedc4ba&u=SG3q1HGSVVZ0EeY9B3BI2ZmsdtEcbOX49Tk-IOktx9LFsK-_Wyb9pDW-im__GmDbE2BvSB7N2wqSEY-61x8Sp_bhPNuezjTWiyKfNg1dPTWHfNnkUurumSQC9VVT606r2Y3Qci1oZydhGW0nWfOWoXicoHOBDYQ5N7BtLR95asWBQl9odb_qDMYN9N7pvJZExKKUKcOaQnjTsSLtdSkEXF9bzYgYxfKyz6TM1m3T6OV7GM1kTJkCv6HnSGMG1D-h&ts=google.com&tt=Organic&gbpp=1&abd=1&iv=11&ct=1&k=1026324fcMnqAecZyJffXc2w9OBfXc2xOlLffNjQx*Dk3Mg==f!f.~f8fLSfNGYzNDRlNTMwYTZmYTU5Yzg3ZjNhYmIwNzRhY2ZhOTM=fNDAw*DI1MA==ffffJ!f:faHR0cHM6Ly9tYWxheXNpYWRhdGVsaW5lLmNvb$9sZWJpaC02NDAtaGVrdGFyLXRhbmFoLXJpemFiLW1lbGF5d$1ka$1zaXRpYXdhbi1oaWxhbmctc2VqYWstMjAwN$8=faHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvb$8=faHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvb$8=f*fNjQx*DIyODF8MjU1*DIwMzE=fMHww*DB8MA==fMHwwf!fdfMjUw*DQwMHwyNTV8NzIyfeAfQ8fXc2w9sjf!fTW96aWxsY$81LjAgKE1hY2ludG9zaDsg$W50ZWwgTWFjIE9TIFggMTB*MTV*MykgQXBwbGVXZWJLaXQvNjA1LjEuMTUgKEtIVE1MLCBsaWtlIEdlY2tvK$BWZXJzaW9uLzEzLjAuN$BTYWZhcmkvNjA1LjEuMTU=fV2Vi$2l0YnVpbHQtaW5QREY=fM3wyNg==fTWFj$W50ZWw=fNDgwfLTF8LTE=fMTkyMHwxMDgwfdW5rbm93bnx1bmtub3du*DA=f!f!fJ!f!f*f*f&crst=1611467041&wrst=1611467117&muid=k9fS3EJwfbk0


Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak mulai 2009 hingga 2013 itu mendakwa perkara tersebut melibatkan sindiket dengan lebih mencurigakan kelulusan pecahkepada 317 lot itu hanya diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG).

“Ini satu perkara yang mencurigakan, malah hal menjadi lebih ketara apabila surat ini ditandatangani oleh bagi pihak (wakil) Pentadbir Tanah Manjung.

“Ini bermaksud, ia bukan ditandatangani oleh Pentadbir Tanah itu sendiri, sebaliknya hanya wakil.

“Kemudian kita dapati banyak lagi perkara tidak konsisten dalam surat itu, seolah-olah ia disiapkan secara tergesa-gesa,” dipetik wawancara Mingguan Malaysia hari ini.

Pada 24 September tahun lalu, Hamidah yang juga Pengerusi Penyelaras Putra Perak telah membuat laporan polis mengenai dakwaannya itu bersama Setiausaha Penyelaras Putra Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.


Ni yang kantoi
Yang belum kantoi atau masuk berita mungkin ada lagi di negeri lain
Bila terima rasuah
Jahanam negara
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,324
Reaction score
1,545
Points
201
Asal kes melibatkan kakitangan awam mesti hilang, ghaib, tak tau, entah,. Itu je alasan.. baik letak haiwan je dari letak manusia.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Ni yang kantoi
Yang belum kantoi atau masuk berita mungkin ada lagi di negeri lain
Bila terima rasuah
Jahanam negara

Tanah rizab Melayu tinggal 12 peratus - MPM


September 6, 2018 @ 4:36pm

WhatsApp_Image_2018-09-06_at_3.09.46_PM_1536223009.jpg

(DARI kiri) Pengamal Undang-Undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman; bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar dan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub hadir pada Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, hari ini. - Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM: Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara kini hanya tinggal 12 peratus sahaja berbanding 50 peratus sebelum ini.
Perkara itu didedahkan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang kini Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pengurangan sebanyak 38 peratus itu berlaku sejak dua tahun lalu.
“Banyak TRM ini diambil untuk dibuat jalan, buat itu, buat ini tetapi tidak digantikan semula. Ada yang mahu diganti tetapi ada pihak lain yang berpakat untuk tidak menggantikan tanah yang diambil.

“Ini bukan konspirasi tetapi nak senang. Sesetengah tanah ini masih milik kerajaan, belum jadi hak Melayu tetapi bila dah ambil tidak mahu pulang semula,” katanya kepada media selepas menjadi panel dalam Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.
Konvensyen berkenaan turut disertai Pengamal Undang-Undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub dengan Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, sebagai moderator.

Berikutan itu, Haniff berkata Pengerusi Biro Integriti MPM, yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan, merancang bertemu kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan selain menghadap Majlis Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, TRM tidak boleh dicagarkan tetapi kini banyak tanah terbabit yang sudah dicagarkan kepada pihak bank.

“Jika ikut kepada undang-undang, sekiranya pembeli tidak tahu tanah berkenaan adalah TRM, itu bukan salah dia tetapi jika tahu dan masih menerima untuk membeli, maka terbatal perjanjian terbabit.

“TRM ini termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanah negeri dibahagi kepada dua, sebahagian adalah tanah rizab Melayu dan sebahagian tanah untuk bangsa lain tetapi Melayu boleh minta.

“Kita mesti pertahankan hak kita kerana tiada siapa yang nak pertahankan malah sanggup beralah dengan bangsa lain,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz mencadangkan supaya kerajaan menjadikan isu hak orang Melayu sebagai satu pembelajaran di peringkat sekolah.
Katanya, dengan langkah berkenaan, pelajar pada masa akan datang akan faham mengenai Perlembagaan Persekutuan dan keistimewaan orang Melayu.

“Kerajaan patut ada penjelasan kepada orang ramai berkenaan kandungan penting dalam Perlembagaan Persekutuan memandangkan kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
“Jika semua pihak faham, kita dapat kawal keadaan. Sekarang ini merbahaya, di mana-mana orang akan persoalkan pelbagai benda,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Mana pergi tanah rezab, berapa ramai Melayu miliki rumah?

KUALA LUMPUR – Terengganu dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tanah rezab Melayu kurang daripada 10 peratus berbanding negeri lain Semenanjung Malaysia.

Negeri yang mencatatkan jumlah tanah rezab tertinggi adalah Kelantan sebanyak 86.22 peratus iaitu 1.31 juta hektar tanah berbanding 1.5 juta hektar keluasan negeri.

Disusuli pula dengan Kedah yang mencatatkan 63.65 peratus iaitu seluas 600,087 hektar berbanding keluasan negeri 942.754 hektar.

Negeri ketiga mempunyai tanah rezab Melayu tertinggi adalah Perlis yang memperuntukkan 37,073 hektar iaitu 46.62 peratus daripada keluasan negerinya 79,521 hektar.


Bagi negeri terbesar di Semenanjung, Pahang yang seluas 3.6 juta hektar hanya memiliki 12.14 peratus daripada keluasannya sebagai tanah rezab berjumlah 436,910 hektar sahaja.

Berbanding kedua terbesar di Semenanjung, Perak memperuntukkan 43.59 peratus berbanding keluasannya 2.1 juta hektar iaitu sebanyak 913,982 hektar sebagai tanah rezab.
Sementara bagi negeri lain seperti Negeri Sembilan memiliki 33.92 peratus iaitu 225,897 hektar tanah rezab untuk Melayu dan Johor pula mempunyai 22.61 peratus iaitu 429,387 hektar berbanding keluasan 1,9 juta hektar.

Selangor sebagai negeri penyumbang ekonomi terbesar pula hanya memiliki 20.20 peratus iaitu 225,897 hektar tanah sebagai tanah rezab berbanding keluasan negeri 665,888 hektar.


Reaksi PPIM
Laporan yang diperoleh menerusi Bernama itu mendapat reaksi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menzahirkan kebimbangan terhadap jumlah tanah rezab Melayu pada hari ini.

Menurutnya, jumlah tanah rezab yang tinggal kini disifatkan sebagai ‘indah khabar dari rupa’ dan mendakwa sejumlah bidang tanah sudah dimiliki oleh orang lain.
“Tanah rezab Melayu seolah-olah ‘indah khabar dari rupa’ ditambah pula dengan dakwaan bahawa hampir empat juta hektar tanah ini sudah ‘beralih tangan’!
“Seolah-olah tiada noktah, tanah rezab yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu terus dihimpit kepincangan.
“Janganlah nanti orang Melayu menjadi ‘melukut di tepi gantang’ atau nasib mereka berakhir umpama ‘menang sorak, kampung tergadai’”, katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.


Netizen tidak berpuas hati
Kenyataan yang dimuat naik pagi tadi mendapat reaksi lebih seribu pengguna Facebook yang rata-ratanya mempersoal kemana pergi tanah rizab Melayu.

“Negara diperintah oleh orang Melayu, negeri diperintah oleh orang Melayu, jadi kita tahu ia berpunca daripada salah dan kelemahan siapa,” kata Zukhairi Ahmad.

“Kena tanya pengarah Pejabat Tanah dearah masing-masing. Makin hari makin rakus tanah rezab Melayu di teroka tanpa status sah.

“Bukan nak rasis, tetapi dekat tempat saya ini, Cina semakin ramai buka ladang dekat tanah rezab Melayu. Mana pengarah Pejabat Tanah? Sudah disuap dengan wang ringgit ke sampai buat-buat tak nampak semua ini?” luah Saiful Jumahat.

“Tanah rezab Melayu tinggal berapa kerat sahaja. Orang Melayu yang ada tanah tolonglah jangan jual dekat Cina. Tolong sangat-sangat ini dekat kampung aku keliling mereka jual dekat Cina,” komen Mohd. Nizar Harun. – SM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

13 Disember 2019 ·

Tanah Rizab Melayu seolah-olah ‘indah khabar dari rupa’ ditambah pula dengan dakwaan bahawa hampir empat juta hektar tanah ini sudah ‘beralih tangan’!
.
Seolah-olah tiada noktah, Tanah Rizab Melayu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu terus dihimpit kepincangan. Janganlah nanti orang Melayu menjadi ‘melukut di tepi gantang’ atau nasib mereka berakhir umpama ‘menang sorak, kampung tergadai’.
.
Ini perjuangan kita bersama! Bantuan berterusan dari semua amat diperlukan. Salurkanlah bantuan anda di
https://sumbangan.ppim.org.my/.

1611539579870.png



 
Sponsored Post
Top
Log in Register