BTC USD 47,304.6 Gold USD 1,751.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 60,000 Kes Siber Di Rekodkan PDRM, Dari 2017 - 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,291
Reaction score
4,144
Points
236
Melihat keadaan sekarang, kegiatan jenayah siber atau penipuan siber yang semakin menjadi-jadi di negara ini begitu jelas menunjukkan bahawa masih ramai pihak yang kurang mendapat pendedahan mengenainya. Disebabkan itu, jenayah berkenaan terus berleluasa dan scammer mengambil kesempatan menggunakan pelbagai modus operandi untuk menipu lebih ramai pengguna.

kempen-kesedaran-TakNakScam-D-950x535.png.webp

Meerujuk kepada data yang diperoleh daripada PDRM, lebih 60,000 kes melibatkan penipuan siber yang dicatatkan berlaku di Malaysia antara tahun 2017 dan 20 Jun 2021. Ia sekaligus mencatatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM2.23 billion. Daripada jumlah ini, 23,011 kes adalah melibatkan kes penipuan pembelian atas talian atau e-dagang. Kemudian, diikuti dengan pinjaman tidak wujud sebanyak 21,008 kes dan penipuan pelaburan pula sebanyak 6,273 kes.

kempen-kesedaran-TakNakScam-C-950x535.png.webp

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Yang Berhormat Dato’ Haji Rosol Wahid berkata, sebanyak 11,511 (32.2%) aduan melibatkan transaksi dalam talian telah dicatatkan oleh kementerian pada sekitar tahun 2020 sahaja. Kemudian, jumlah aduan terus meningkat kepada 45.2% setakat bulan Jun 2021.

kempen-kesedaran-TakNakScam-G-950x535.jpg.webp


Kempen Kesedaran #TakNakScam


Sehubungan dengan hal tersebut, Facebook telah menganjurkan kempen kesedaran #TakNakScam dalam usaha industri untuk menangani serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam memerangi penipuan kewangan. Beberapa agensi kerajaan, industri dan persatuan pengguna menyambut baik kempen tersebut, malah mereka berharap agar ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa.


kempen-kesedaran-TakNakScam-A-950x535.jpg.webp


Dengan Kerjasama Agensi Kerajaan, Industri & Persatuan Pengguna

Kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan sehingga September 2021
bagi menyeru orang ramai agar kekal berwaspada dalam mengenal pasti sebarang isu melibatkan penipuan kewangan. Melaluinya, terdapat pelbagai petua dan panduan dalam pelbagai bentuk seperti video-video pendidikan yang akan dikongsikan secara komprehensif menerusi pelbagai saluran – termasuk dalam talian dan luar talian.

kempen-kesedaran-TakNakScam-I-950x534.jpg.webp

Dalam pada itu, orang ramai digesa mengambil inisiatif dengan mengingati tiga langkah mudah seperti kenal pasti yakni sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu berurusan dengan kontak yang tidak dikenali. Seterusnya, semak iaitu buat semakan dengan pihak berkuasa menerusi saluran rasmi seandainya mengesyai sesuatu penipuan berlaku. Akhir sekali, anda juga disarankan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register