BTC USD 118,658 Gold USD 3,333.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 6,400 Doktor Pelatih Di Korea Selatan Letak Jawatan

Sponsored Post

Makin ramai doktor nanti gaji xkompetitif la..hehe

Kerajaan Korea Selatan berkata peningkatan dalam kuota kemasukan diperlukan untuk menangani kekurangan doktor, terutamanya di kawasan luar bandar dan bidang perubatan penting, seperti pembedahan berisiko tinggi, pediatrik, obstetrik dan perubatan kecemasan.
 
Budak2 muda taknak posting kawasan luar bandar tambah lagi kekurangan doktor pakar.
 
Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok​

06 MAR 2024

2564239.jpg

Doktor melaungkan slogan menentang tindakan kerajaan menambah kuota sekolah perubatan di Seoul. Foto Agensi

SEOUL – Korea Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman selepas petugas perubatan itu meletakkan jawatan setelah tidak berpuas hati dengan pembaharuan latihan yang diperkenalkan kerajaan.

Ribuan doktor muda menyerahkan notis dan berhenti bekerja selama dua minggu bagi membantah penambahan kemasukan ke sekolah perubatan tahun depan sebagai mencukupi kekurangan permintaan masyarakat yang semakin menua.

Doktor pelatih itu telah melanggar tarikh akhir ditetapkan kerajaan pada 29 Februari untuk hadir bertugas dan mereka bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan ditahan atau lesen mereka digantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata, kerajaan telah mengenal pasti kira-kira 7,800 doktor muda yang mengingkari arahan kembali bekerja dan pegawai kerajaan akan menghantar notis mengenai pergantungan lesen mereka yang bermula Selasa.

“Sebaik sahaja pelanggaran mereka disahkan, kami akan menghantar notis awal yang bermula hari ini (Isnin),” katanya.

Sementara itu, data kerajaan mendapati walaupun amaran penggantungan dikeluarkan, masih terdapat doktor pelatih tidak kembali bekerja dalam jumlah yang besar. – Agensi
 
Doktor senior di Korea Selatan sokong mogok​

16 MAR 2024

2577960.jpg

Seorang doktor memegang plakad tertera 'hentikan dasar perubatan populis' ketika protes di Seoul pada 21 Februari lalu. Foto AFP

SEOUL – Sekumpulan doktor senior di Korea Selatan pada Sabtu mengumumkan mereka akan meletak jawatan bermula 25 Mac ini sebagai tanda sokongan terhadap golongan junior yang melancarkan mogok selama sebulan hingga menjejaskan operasi hospital di seluruh negara.

Wakil profesor perubatan dari 20 universiti yang turut berkhidmat di hospital besar membuat keputusan itu setelah mengadakan mesyuarat pada lewat malam Jumaat.

“Kami sudah mencapai kata sepakat bahawa setiap individu akan terus merawat pesakit mengikut tugas masing-masing sehingga peletakan jawatan itu dimuktamadkan,” ujar jurucakapnya, Profesor Bang Jae-seung.

Ribuan doktor pelatih melakukan tindakan nekad itu sebagai membantah langkah pembaharuan kerajaan yang mahu mengatasi masalah kekurangan doktor dengan menambah jumlah penuntut perubatan.

Pada akhir bulan lalu, kumpulan doktor tersebut juga tidak mengendahkan amaran pemerintah supaya kembali bertugas walaupun diarahkan berbuat demikian atau bakal berdepan tindakan undang-undang. – AFP
 
Profesor perubatan Korea Selatan ancam letak jawatan 25 Mac​

19 MAR 2024

2581919.jpg

Sebahagian doktor memegang sepanduk bertulis bantahan terhadap peningkatan sekolah perubatan semasa perhimpunan menentang rancangan kerajaan Korea Selatan. Foto AFP

SEOUL – Sistem penjagaan kesihatan Korea Selatan berdepan satu lagi cabaran apabila profesor perubatan mengumumkan mereka akan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka secara autonomi bermula 25 Mac ini.

Tindakan itu sekali gus bakal menamatkan pembabitan mereka dalam penjagaan pesakit dan prosedur pembedahan.

Profesor perubatan yang memainkan dua peranan sebagai doktor di hospital telah mengisi kekosongan tugas ditinggalkan doktor pelatih susulan protes berbulan-bulan terhadap reformasi latihan kerajaan.

Malah, 25 Mac merupakan tarikh akhir untuk doktor pelatih mengemukakan pandangan mereka mengenai pergantungan lesen kerana mengingkari arahan kerajaan untuk kembali bekerja semula.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa kecemasan yang terdiri daripada profesor perubatan dari 20 universiti perubatan mengadakan mesyuarat dalam talian pada Jumaat akan mengambil tindakan kolektif berhubung isu ini.

Daripada 20 universiti perubatan, 16 daripadanya menyokong menyerahkan surat peletakan jawatan, manakala bakinya masih mengumpul pendapat sama ada untuk menyertai langkah itu.

Susulan pengumuman itu, Menteri Kesihatan, Cho Kyoo-hong menyatakan kebimbangan yang mendalam berhubung tindakan kolektif profesor semasa mesyuarat Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Ahad, mengatakan bahawa ia boleh membahayakan nyawa dan keadaan kesihatan pesakit.

“Kerajaan berharap profesor akan bersama-sama dengan pesakit mereka bagi mengelakkan kebimbangan orang ramai.

“Kami akan sentiasa mendengar setiap pendapat profesor ni,” kata Kyoo-hong yang dipetik dalam kenyataan. – Agensi
 
Ini baru sama2 fight. Sini, hat2 bawah yang melawan, yang belah atas lantak pi lah.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register