BTC USD 54,375.9 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 6,400 Doktor Pelatih Di Korea Selatan Letak Jawatan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,202
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,202
Reaction score
36,349
Points
2,836
Awards
2

Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan​

20 FEB 2024 6:04 PM

2544664.jpg

Setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka dengan kira-kira 1,600 daripada mereka berhenti kerja. - Foto: Reuters

SEOUL - Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.

Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata, kementerian mengarahkan 831 doktor pelatih untuk kembali bekerja, susulan ketegangan antara doktor dan kerajaan yang meningkat berikutan cadangan untuk meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan negara itu sehingga 2,000 pelajar pada tahun depan.

Park berkata, setakat Isnin seramai 6,415 doktor pelatih di 100 hospital menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, dengan kira-kira 1,600 daripada mereka berhenti kerja, lapor Agensi Berita Yonhap.

Terdapat kira-kira 13,000 doktor pelatih di Korea Selatan.

Dengan doktor pelatih berhenti bekerja di beberapa hospital, sebahagian daripada pesakit telah mengalami kelewatan dalam operasi pembedahan dan rawatan lain.

Namun, tiada laporan gangguan besar dalam perkhidmatan perubatan setakat ini.

Park berkata bagi menangani potensi gangguan perkhidmatan perubatan, kerajaan akan melanjutkan waktu operasi di 97 hospital awam dan wad kecemasan di 12 hospital tentera yang akan dibuka kepada orang ramai.

"Kami sangat kecewa dan bimbang bahawa tindakan kolektif oleh doktor pelatih telah menyebabkan gangguan dalam perkhidmatan perubatan, seperti pembatalan pembedahan," kata Park.

Kerajaan Korea Selatan berkata peningkatan dalam kuota kemasukan diperlukan untuk menangani kekurangan doktor, terutamanya di kawasan luar bandar dan bidang perubatan penting, seperti pembedahan berisiko tinggi, pediatrik, obstetrik dan perubatan kecemasan. - Bernama

Profesor perubatan Korea Selatan ancam letak jawatan 25 Mac​

19 MAR 2024

2581919.jpg

Sebahagian doktor memegang sepanduk bertulis bantahan terhadap peningkatan sekolah perubatan semasa perhimpunan menentang rancangan kerajaan Korea Selatan. Foto AFP

SEOUL – Sistem penjagaan kesihatan Korea Selatan berdepan satu lagi cabaran apabila profesor perubatan mengumumkan mereka akan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka secara autonomi bermula 25 Mac ini.

Tindakan itu sekali gus bakal menamatkan pembabitan mereka dalam penjagaan pesakit dan prosedur pembedahan.

Profesor perubatan yang memainkan dua peranan sebagai doktor di hospital telah mengisi kekosongan tugas ditinggalkan doktor pelatih susulan protes berbulan-bulan terhadap reformasi latihan kerajaan.

Malah, 25 Mac merupakan tarikh akhir untuk doktor pelatih mengemukakan pandangan mereka mengenai pergantungan lesen kerana mengingkari arahan kerajaan untuk kembali bekerja semula.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa kecemasan yang terdiri daripada profesor perubatan dari 20 universiti perubatan mengadakan mesyuarat dalam talian pada Jumaat akan mengambil tindakan kolektif berhubung isu ini.

Daripada 20 universiti perubatan, 16 daripadanya menyokong menyerahkan surat peletakan jawatan, manakala bakinya masih mengumpul pendapat sama ada untuk menyertai langkah itu.

Susulan pengumuman itu, Menteri Kesihatan, Cho Kyoo-hong menyatakan kebimbangan yang mendalam berhubung tindakan kolektif profesor semasa mesyuarat Ibu Pejabat Tindakan Bencana dan Keselamatan Pusat pada Ahad, mengatakan bahawa ia boleh membahayakan nyawa dan keadaan kesihatan pesakit.

“Kerajaan berharap profesor akan bersama-sama dengan pesakit mereka bagi mengelakkan kebimbangan orang ramai.

“Kami akan sentiasa mendengar setiap pendapat profesor ni,” kata Kyoo-hong yang dipetik dalam kenyataan. – Agensi

Doktor senior di Korea Selatan sokong mogok​

16 MAR 2024

2577960.jpg

Seorang doktor memegang plakad tertera 'hentikan dasar perubatan populis' ketika protes di Seoul pada 21 Februari lalu. Foto AFP

SEOUL – Sekumpulan doktor senior di Korea Selatan pada Sabtu mengumumkan mereka akan meletak jawatan bermula 25 Mac ini sebagai tanda sokongan terhadap golongan junior yang melancarkan mogok selama sebulan hingga menjejaskan operasi hospital di seluruh negara.

Wakil profesor perubatan dari 20 universiti yang turut berkhidmat di hospital besar membuat keputusan itu setelah mengadakan mesyuarat pada lewat malam Jumaat.

“Kami sudah mencapai kata sepakat bahawa setiap individu akan terus merawat pesakit mengikut tugas masing-masing sehingga peletakan jawatan itu dimuktamadkan,” ujar jurucakapnya, Profesor Bang Jae-seung.

Ribuan doktor pelatih melakukan tindakan nekad itu sebagai membantah langkah pembaharuan kerajaan yang mahu mengatasi masalah kekurangan doktor dengan menambah jumlah penuntut perubatan.

Pada akhir bulan lalu, kumpulan doktor tersebut juga tidak mengendahkan amaran pemerintah supaya kembali bertugas walaupun diarahkan berbuat demikian atau bakal berdepan tindakan undang-undang. – AFP

Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok​

06 MAR 2024

2564239.jpg

Doktor melaungkan slogan menentang tindakan kerajaan menambah kuota sekolah perubatan di Seoul. Foto Agensi

SEOUL – Korea Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman selepas petugas perubatan itu meletakkan jawatan setelah tidak berpuas hati dengan pembaharuan latihan yang diperkenalkan kerajaan.

Ribuan doktor muda menyerahkan notis dan berhenti bekerja selama dua minggu bagi membantah penambahan kemasukan ke sekolah perubatan tahun depan sebagai mencukupi kekurangan permintaan masyarakat yang semakin menua.

Doktor pelatih itu telah melanggar tarikh akhir ditetapkan kerajaan pada 29 Februari untuk hadir bertugas dan mereka bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan ditahan atau lesen mereka digantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Kedua, Park Min-soo berkata, kerajaan telah mengenal pasti kira-kira 7,800 doktor muda yang mengingkari arahan kembali bekerja dan pegawai kerajaan akan menghantar notis mengenai pergantungan lesen mereka yang bermula Selasa.

“Sebaik sahaja pelanggaran mereka disahkan, kami akan menghantar notis awal yang bermula hari ini (Isnin),” katanya.

Sementara itu, data kerajaan mendapati walaupun amaran penggantungan dikeluarkan, masih terdapat doktor pelatih tidak kembali bekerja dalam jumlah yang besar. – Agensi

Doktor pelatih di Korea Selatan enggan bekerja, rawatan terjejas​

21 FEB 2024

2545743.jpg

Pekerja kesihatan bertugas di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan. Foto Reuters

SEOUL – Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan dan mengadu mengenai jadual rawatan yang tertangguh atau ditangguhkan pada Rabu apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua kerana membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota pendaftaran di sekolah perubatan.

Lebih 70 peratus atau 8,816, doktor pelatih hospital umum meletak jawatan beramai-ramai setakat ini sebagai membantah rancangan pembaharuan untuk menambah kuota kemasukan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000 tempat tahun depan daripada 3,058 tempat semasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Daripada jumlah itu, 7,813 mengingkari arahan kerajaan supaya kembali bekerja pada Rabu.

Ketiadaan doktor muda itu mencetuskan kebimbangan mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan, apabila operasi bilik pembedahan dikurangkan kepada serendah 50 peratus di lima hospital terbesar di Seoul setakat ini, lapor Yonhap memetik sumber perubatan.

Pada Rabu, Kim seorang pesakit kanser saluran empedu berusia 38 tahun terpaksa berpindah ke pusat perubatan lain.

“Saya memerlukan rawatan lanjut kerana demam panas, tetapi saya disyorkan untuk berpindah ke hospital lain semalam,” menurut Kim.

Jeon Kyu-sik, 50-an, seorang pesakit epilepsi berkata kira-kira separuh daripada bilik hospital kosong dan keadaan itu hampir sama dengan pengabaian dan pesakit akan mati jika tidak dibedah segera.

Seorang jururawat di sebuah hospital kanak-kanak memaklumkan kepada pesakit dan ibu bapa bahawa pada masa ini, semua perkhidmatan di hospital beliau bertugas terpaksa ditangguhkan. – Bernama-Yonhap

Sponsored Post

Jumlah rakyat x setara dgn jumlah doktor.... Kite pun kalo x kawal jumlah graduate perubatan bakal JD cam Korea...

Graduate perubatan mesia x BYK negara luar iktiraf....

Apa punca jadi gini abam
Lambakan graduan perubatan la nanti sebab tak boleh kerja kat luar
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register