BTC USD 96,509.9 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 300 orang terkandas, syarikat gagal terbangkan jemaah umrah

Pelik.

Bukanke kerajaan suruh check company travel tours ni dengan motac database ke mende daripada dulu.

Mangsa-mangsa ni tak check ke?

Takkan ramai2 tu semua bahalol?

Memangla scammer senang buat duit
Orang melayu dah tak percaya motac under tiong.
 
Sponsored Post

Bertemu buku dengan ruas
:D
Boleh je tiong nak gegar syarikat ning takut orang melayu tak selesa nanti.

Dia dah lah pro cina. Tetiba je nak baik dengan melayu pasal benda ning.

Hantar timbalan motac leluhur pakistan sabah pun ok dah.
 

senang keje agent ya hahaha :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Pergi DIY boleh sendiri check selalu. Dengan agent tak der nya dia nak ngadap laman web jer
itulah itu semua atas rezeki masing, dapat agensi umrah yang bagus pun satu rezeki..inshaaAllah mudahan2 sahabat2 yang belum pergi dipertemukan dengan travel agensi yang bagus dan berkualiti.
 
137 Laporan Polis Di Buat Terhadap Hejira Travel, Kerugian Cecah RM2.94 Juta

30.01.2025 - Sebanyak 137 laporan polis dibuat ke atas syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd setakat hari ini, membabitkan kerugian dianggarkan melebihi RM2.94 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yooser berkata, daripada jumlah laporan itu, pihaknya sudah membuka 13 kertas siasatan.

"Laporan diterima di seluruh membabitkan 46 di Selangor, Terengganu (13), Negeri Sembilan (15), Kuala Lumpur (10), Kelantan (20), Pahang (4), Sarawak (1), Johor (10) dan Melaka (4). Selain itu, terdapat satu laporan di Sabah, Kedah (6), Perlis (1), Pulau Pinang (5), Perak (1)," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini

Menurutnya, jumlah kerugian tertinggi dicatatkan di Kelantan mencecah RM908,120, diikuti Selangor (RM678,805), Negeri Sembilan (RM332,880), Terengganu (RM253,710), dan Johor (RM184,170). Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis sudah menahan lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik agensi pelancongan, bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah. Pengurus syarikat yang dikenali sebagai Mohd Syahril dilapor berkata, perkara itu bukan disengajakan kerana pihaknya menerima pembatalan hotel di saat akhir dan juga penambahan harga yang tinggi.

Menurutnya, disebabkan itu, syarikat mengambil langkah untuk menunda penerbangan melalui kumpulan lebih kecil supaya penginapan ditempah dapat menampung jumlah ditetapkan.Susulan itu, seramai 150 jemaah terkandas yang menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan berkenaan, diberi peluang kedua untuk menunaikan umrah bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
1738252083176.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register