BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 300 orang terkandas, syarikat gagal terbangkan jemaah umrah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,751
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,751
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Lebih 300 orang terkandas, syarikat gagal terbangkan jemaah umrah

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Tinjauan di media sosial mendapati ramai jemaah terbabit menzahirkan kekesalan dan kekecewaan mereka dengan syarikat itu.
PUTRAJAYA - Kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci pada hari ini, namun ditunda syarikat pengendali umrah.

Salah seorang jemaah yang ingin dikenali sebagai Ida mendakwa hanya diberitahu penangguhan tersebut pada petang Ahad.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak syarikat adalah hotel penginapan telah dibatalkan oleh pihak Arab Saudi.

"Pihak syarikat memaklumkan penangguhan dibuat kepada 19 dan 24 Januari tetapi itu pun belum pasti," katanya kepada Sinar Harian.

Ida mendakwa, sewaktu dimaklumkan perkara itu, barulah terbongkar bahawa tiada tempahan tiket penerbangan untuk mereka.

Malah katanya, status visa dan hotel penginapan juga tidak dapat dipastikan.

Dia yang juga seorang suri rumah berkata, bayaran penuh RM22,000 untuk empat orang termasuk suami dan dua anak telah dijelaskan pada November tahun lalu.

"Saya kecewa kerana ini adalah umrah pertama kami sekeluarga, akhirnya jadi begini," katanya yang menuntut bayaran penuh daripada syarikat berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati ramai jemaah terbabit menzahirkan kekesalan dan kekecewaan mereka dengan syarikat itu.

Difahamkan ada antara mereka dari negeri lain telah terbang dan sampai ke Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Mereka kini sedang berkampung di pejabat syarikat berkenaan menuntut penjelasan dan pemulangan bayaran.

Setakat ini, hanya 17 individu yang berjaya mendapat bayaran sebelum pemilik syarikat berkenaan gagal dihubungi.

Usaha Sinar Harian menghubungi syarikat berkenaan juga gagal dan kini sedang mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung insiden tersebut.
 
Sponsored Post

6068760988380939244_121.jpg


314 orang rugi RM2.1 juta, agensi umrah gagal tunai janji

SEPANG – Seramai 314 jemaah umrah mengalami kerugian hampir RM2.1 juta selepas syarikat pengendali pakej ibadah itu gagal menunaikan janji untuk menerbangkan kumpulan berkenaan ke Tanah Suci semalam.

Lebih menyedihkan, kumpulan jemaah terkandas itu bukan sahaja melibatkan individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang, malah ada jemaah yang tiba dari Korea Selatan, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Menurut wakil jemaah, Anuar Musa, 314 jemaah yang terkandas terpaksa berkumpul di pejabat syarikat pengendali umrah di Kota Warisan berikutan masih mengharapkan sinar untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, sehingga kini, pihak syarikat gagal menunaikan janji yang dibuat kepada jemaah termasuk untuk menyediakan tiket penerbangan, urusan visa serta kemudahan hotel.

“Untuk makluman, jemaah yang terkandas juga terpaksa menggunakan duit tambahan untuk penginapan dan makan minum sementara menunggu perkembangan terkini daripada pihak syarikat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pihak syarikat turut berjanji untuk menerbangkan sebahagian jemaah pada 19 Januari, namun sehingga kini tiada sebarang bukti dan pengesahan berhubung tiket penerbangan, visa dan hotel ditunjukkan mereka.

“Jadi, melihat kepada situasi itu, kami memecahkan jemaah kepada dua kumpulan di mana mereka yang mahu ke Tanah Suci dan individu menuntut pemulangan wang.

“Setakat ini, hanya 17 jemaah sahaja berjaya mendapat pemulangan wang, namun ia tidak penuh. Manakala, baki 297 jemaah masih menunggu tindakan seterusnya,” katanya.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE
 
6068760988380939244_121.jpg


314 orang rugi RM2.1 juta, agensi umrah gagal tunai janji

SEPANG – Seramai 314 jemaah umrah mengalami kerugian hampir RM2.1 juta selepas syarikat pengendali pakej ibadah itu gagal menunaikan janji untuk menerbangkan kumpulan berkenaan ke Tanah Suci semalam.

Lebih menyedihkan, kumpulan jemaah terkandas itu bukan sahaja melibatkan individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang, malah ada jemaah yang tiba dari Korea Selatan, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Menurut wakil jemaah, Anuar Musa, 314 jemaah yang terkandas terpaksa berkumpul di pejabat syarikat pengendali umrah di Kota Warisan berikutan masih mengharapkan sinar untuk menjejak kaki ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, sehingga kini, pihak syarikat gagal menunaikan janji yang dibuat kepada jemaah termasuk untuk menyediakan tiket penerbangan, urusan visa serta kemudahan hotel.

“Untuk makluman, jemaah yang terkandas juga terpaksa menggunakan duit tambahan untuk penginapan dan makan minum sementara menunggu perkembangan terkini daripada pihak syarikat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pihak syarikat turut berjanji untuk menerbangkan sebahagian jemaah pada 19 Januari, namun sehingga kini tiada sebarang bukti dan pengesahan berhubung tiket penerbangan, visa dan hotel ditunjukkan mereka.

“Jadi, melihat kepada situasi itu, kami memecahkan jemaah kepada dua kumpulan di mana mereka yang mahu ke Tanah Suci dan individu menuntut pemulangan wang.

“Setakat ini, hanya 17 jemaah sahaja berjaya mendapat pemulangan wang, namun ia tidak penuh. Manakala, baki 297 jemaah masih menunggu tindakan seterusnya,” katanya.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE

SYARIKAT PENGENDALI UMRAH DIKEPUNG JEMAAH TERKANDAS, STAF WANITA REBAH AKIBAT SERANGAN PANIK​


 
Company ni reputation dia mcm mana sebelum ni?org kenal ke?


Latar Belakang​

Umrah Mampu Milik

HEJIRA EMPIRE (KT0524543-V) adalah syarikat berstatus bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah akta Syarikat 2016 pada 20 Jun 2022. Nombor pendaftaran SSM ialah 202203154177 (KT0524543-V).

Hejira Travel di tubuhkan untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Umrah bagi jemaah Malaysia.

Berbekalkan pengalaman beberapa tahun dalam menguruskan perjalanan Umrah, Hejira Travel memahami kehendak para jemaah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai golongan.

Disamping itu Hejira Travel juga akan menawarkan pakej-pakej pelancongan luar dan dalam negara yang berteraskan gaya hidup Muslim.

Berteraskan prinsip 3K iaitu Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan, kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar perjalanan ibadah atau percutian anda sentiasa dalam ketenangan dan keselesaan.

Semoga Hejira Travel sentiasa menjadi pilihan untuk perjalanan menunaikan haji dan umrah serta melancong bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

OBJEKTIF​

  • Menjadi sebuah syarikat pelancongan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti tempahan tiket, tempahan hotel, pakej pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri, dan yang paling utama iala Umrah Ziarah.

MISI​

  • Memberi perkhidmatan dan produk yang dapat memberi kepuasan terbaik kepada pelanggan.
  • Menyediakan pakej pelancongan yang pelbagai dan di ubah mengikut kesesuaian.
  • Menyediakan pakej pelancongan yang berpatutan dan berkualiti.


sumber - https://www.hejiratravel.com/about/
 

Wisma Hejira Travel Dibuka: Kemudahan Moden Untuk Pengalaman Umrah Terbaik​

Dari Pakej Istimewa Hingga Hadiah Percuma – Hejira Travel Semakin Mendekati Hati Jemaah Malaysia​


by 4a510094e62fcb731a0cce00aa667c81.pngBudieyTuesday, 5 November, 2024, 5:46 pm
200kViews

Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat yang semakin dikenali dalam bidang pelancongan umrah, baru-baru ini mencatatkan sejarah baru dengan pelancaran Wisma Hejira di Bandar Serenia, Sepang.

Dalam majlis pelancaran yang berlangsung pada 2 November lepas, lebih daripada 2,500 pengunjung hadir, termasuk bakal jemaah, alumni, dan selebriti tanah air, bagi menyaksikan perasmian pejabat baharu Hejira yang dijangka menjadi pusat utama bagi segala urusan dan aktiviti berkaitan umrah syarikat ini.


54118699714_1d2d45a78b_z.jpg


Fokus Utama Hejira: Memudahkan Perjalanan Ibadah Umrah

Sejak tiga tahun lalu, Hejira Travel telah menerbangkan lebih daripada 10,000 jemaah ke Tanah Suci. Walaupun syarikat ini masih baru berbanding pesaing lama dalam industri, kehadirannya cukup terasa kerana tawaran pakej yang unik dan mesra jemaah.

Menurut Puan Hajah Sofea Munira, salah seorang Lembaga Pengarah Hejira, syarikat ini sentiasa berusaha menawarkan pakej yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, terutamanya anak muda dan keluarga.

Antara pakej menarik yang menjadi perbualan ramai ialah Pakej Rindu dan Pakej Cinta yang bukan sahaja menawarkan pengalaman umrah lengkap, malah menitikberatkan keselesaan dan kepuasan setiap jemaah. Setiap pakej disusun agar jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan tenang dan sempurna, sambil menikmati kemudahan moden seperti kelengkapan umrah yang minimalis dan estetik yang ditawarkan sebagai hadiah oleh Hejira.

Puan Hajah Sofea juga berkongsi kegembiraannya apabila Hejira menjadi pilihan utama bagi ramai jemaah yang ingin menunaikan umrah. “Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh anak muda dan keluarga amat menggalakkan. Kami mahu setiap jemaah yang bersama Hejira merasa selesa, dan dengan pakej kami yang berpatutan, diharap dapat merealisasikan impian mereka ke Tanah Suci,†katanya.

54118636723_47c504c990_z.jpg


Majlis Perasmian Disambut Meriah Bersama Pengunjung Setia

Majlis perasmian Wisma Hejira bukan sekadar acara rasmi, tetapi juga menjadi hari penuh makna buat bakal jemaah dan alumni yang hadir untuk memberi sokongan. Kehadiran yang luar biasa ini membuktikan bahawa Hejira bukan sekadar sebuah agensi pelancongan, tetapi juga menjadi tempat berkumpulnya mereka yang berkongsi cita-cita dan hasrat yang sama.

Ketua Lembaga Pengarah Hejira, Tuan Haji Mohd Shahril, turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua yang hadir, termasuk alumni jemaah yang telah lama menyokong perkhidmatan Hejira.

“Alhamdulillah, kami tidak menjangka sambutan yang begitu hangat. Ini menjadi satu inspirasi buat kami untuk terus memberikan yang terbaik. Harapan kami ialah untuk melihat semua yang hadir pada hari ini direzekikan untuk menunaikan umrah secepat mungkin,†ujarnya.

Rata-rata pengunjung melahirkan rasa puas hati dengan pakej yang ditawarkan. Salah seorang pengunjung, Hajah Azzuwaniah Asri, yang telah tiga kali mengerjakan umrah bersama Hejira, menyatakan kegembiraannya dengan perkhidmatan syarikat ini. “Saya memang berpuas hati dengan pakej Hejira.

Hari ini saya datang untuk buat bayaran bagi umrah seterusnya, kali ini dengan keluarga pada Januari nanti,†katanya dengan senyuman.

54118364026_4b66876324_z.jpg


Peluang Menarik untuk Jemaah – Cabutan Bertuah Hadiah Pakej Umrah

Menambah lagi kemeriahan majlis pelancaran, Hejira turut mengadakan 30 cabutan bertuah dengan hadiah berupa pakej umrah. Program ini berjaya menarik perhatian ramai dan memberikan peluang kepada bakal jemaah untuk menikmati pengalaman ibadah dengan kos yang lebih rendah.

Acara ini juga turut disempurnakan oleh Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution dan pakar dalam pembangunan organisasi dan kepimpinan, yang menyokong penuh usaha Hejira dalam membawa perubahan positif dalam industri umrah.

54118825745_7634a9d342_z.jpg


Misi Hejira: Meningkatkan Penyertaan Anak Muda dalam Umrah

Dengan pembukaan Wisma Hejira, Hejira Travel mensasarkan untuk meningkatkan jumlah jemaah pada tahun 2025, dengan harapan dapat membawa lebih daripada 10,000 jemaah ke Tanah Suci. Dalam misi memperkasa golongan muda untuk turut serta dalam perjalanan umrah, Hejira memperkenalkan pelbagai pakej menarik, termasuk pakej VVIP dan VIP yang menawarkan keselesaan tambahan serta pengalaman umrah yang lebih eksklusif.

Menurut pihak Hejira, sasaran utama mereka adalah untuk menjadikan ibadah umrah lebih mudah diakses oleh golongan muda, kerana ramai antara mereka kini mula berminat untuk menunaikan ibadah ini pada usia muda.

Dengan pakej yang mesra bajet dan suasana ibadah yang teratur, Hejira percaya mereka dapat memenuhi harapan dan keperluan generasi muda yang inginkan pengalaman spiritual yang mendalam.

54118363981_3bf8fa1d25_z.jpg


Kesimpulan: Kejayaan Pelancaran Wisma Hejira Sebagai Pusat Perkhidmatan Umrah

Pelancaran Wisma Hejira ini membuktikan kesungguhan Hejira Travel dalam menyediakan platform yang kukuh bagi memudahkan perjalanan umrah masyarakat Malaysia. Dengan sambutan yang sangat positif, Hejira semakin kukuh menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dengan tenang, selesa, dan aman.

Dari pakej menarik hingga kemudahan moden yang ditawarkan, Hejira menunjukkan komitmen tinggi dalam menjaga setiap aspek perjalanan jemaah. Sambutan meriah pada majlis perasmian ini bukan sahaja tanda kejayaan buat syarikat, malah satu bukti bahawa Hejira Travel and Tours kini berada di landasan yang betul untuk terus maju dalam industri umrah.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register