BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 300 Maut, Pencarian Mangsa Di Teruskan - Tanah Runtuh India

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,101
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,101
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
03.08.2024 - Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di Daerah Wayanad, Negeri Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang. Menteri Kesihatan Kerala Veena George berkata pada pagi Jumaat, bahawa bedah siasat terhadap 199 mayat telah selesai dan sampel DNA bagi 130 bahagian tubuh diambil. Anggota tentera India yang membantu dalam kerja menyampaikan bantuan dan menyelamat menemukan empat orang yang masih hidup di satu kawasan terpencil pada Jumaat. Ramai orang masih dilaporkan hilang sejak tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan monsun lebat melanda kawasan berkenaan pada awal pagi Selasa.

Jurutera tentera membina jambatan Bailey sepanjang 58 meter untuk menghubungkan kawasan yang paling terjejas di Mundakkai dan Chooralmala. Limpahan air, lumpur, dan batu menghanyutkan ratusan orang yang sedang tidur di rumah mereka dan meninggalkan jejak kemusnahan di daerah berbukit yang indah itu. Ramai daripada yang terbunuh adalah pekerja ladang teh dan buah pelaga serta keluarga mereka . Negeri di selatan ini cenderung kepada tanah runtuh dan banjir pada musim monsun. Dalam satu daripada bencana alam terburuk yang melanda Kerala dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 400 orang terbunuh dalam banjir pada tahun 2018.
1722691658460.png
 
Sponsored Post

Hujan Badai - Puluhan Hilang Di Utara India

04.08.2024 - Pasukan penyelamat di negeri Himachal Pradesh, utara India meneruskan pencarian pada Ahad untuk mengesan puluhan orang yang hilang selepas hujan badai melanda kawasan itu. Dua lagi mayat ditemukan di daerah Mandi menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 11 manakala 40 orang lagi masih tidak dapat dikesan dalam banjir kilat. Beberapa siri hujan badai berlaku pada malam Rabu di wilayah Kullu, Mandi dan Shimla di negeri berbukit bukau itu. Pasukan penyelamat menggunakan anjing penghidu dan dron untuk cuba mengesan orang yang hilang. Sementara itu, 13 kanak-kanak terbunuh dalam dua runtuhan tembok di Madhya Pradesh, India tengah pada Ahad ketika hujan monsun terus menyebabkan huru-hara di beberapa bahagian di India.

Sembilan kanak-kanak terbunuh dan empat cedera di daerah Sagar, kira-kira 170km dari ibu negeri Bhopal, apabila tembok sebuah rumah bersebelahan dengan kuil runtuh dan menimpa mereka semasa acara keagamaan, lapor media tempatan. Di daerah Rewa, kira-kira 540km dari Bhopal, empat pelajar sekolah yang pulang dari sekolah dan seorang wanita terbunuh selepas tembok runtuh menghempap mereka. Di Pune, Maharashtra, 150km dari Mumbai, pentadbiran tempatan meminta bantuan tentera dalam usaha bantuan banjir selepas pelepasan lebihan air dari tiga empangan di daerah itu.
1722783677371.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register