Lebih 3,000 tertipu labur RM25 juta ternak cacing

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, di Kelang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Salleh, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lalu.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lalu," katanya.

Seorang peniaga, K Jayakumar, 42, dari Taman Kulim Square, Lunas dekat sini bersama 10 anggota keluarganya kerugian hampir RM500,000 kerana menyertai skim pelaburan KWA sejak 6 Jun tahun lalu.

Jayakumar berkata, mereka hanya dibayar sebanyak dua kali daripada pelaburan yang dibuat dan beberapa cek pembayaran selepas itu ditolak oleh bank.

"Kami merayu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengembalikan wang pelaburan yang dibuat kerana ramai yang meminjam dari bank dan saudara-mara untuk membuat pelaburan tersebut," katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal Mohd Noor, 27, pengarah Green Millennium Agrotec (M) Sdn Bhd (GMA), iaitu syarikat yang mengendalikan penternakan cacing bagi pihak KWA, mendakwa KWA menggunakan kepala surat GMA untuk mengambil wang pelaburan daripada penternak dan pelabur skim itu, menyebabkan syarikatnya kini berada dalam dilema. - Bernama
 
Sponsored Post

ml8883

Fun Poster
Joined
Dec 2, 2009
Messages
285
Reaction score
21
Points
25
macam2 hal skg.. tipu sana tipu sini.. maka dgn itu kita semua kena la berhati-hati dgn skim perlaburan.
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
lapor polis? ntah2 penganjur tgh duk lepak kat overseas sana..
 

monohaihyip

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,316
Reaction score
13
Points
25
Camni habisla rambut dok garu kepala, bebetul kes nanya
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
bila banyak sangat kes2 macam ni...aku pun rasa malas nak ajak rakan2 CG join aku.
 

maplebizz

Fun Poster
Joined
Nov 1, 2009
Messages
447
Reaction score
2
Points
15
banyak sgt dah kene skim perlaburan ni...nak melabur bek melabur dgn bank laa...lmbat asal slamat....aku pun biase kene....18k....huhuhu..muda2 dah hutang keliling pinggang...lani jenuh dok kena menanggung la smpai umur 30
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,187
Reaction score
820
Points
176
harap penganjurnya bukan dikalangan ahli CG...
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,463
Reaction score
158
Points
138
dah klabu mate tgk duit gak nye..
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
perkara nie merosakkan orang perseorangan yng nak ngusahakan bebtul dan jujur....dan tidak melibatkan orang lain..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
sekem RM25 juta. sewa RM10,000 takleh bayor.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register