Lebih 20 Pelajar Maut Kebakaran Kolej, Luar Negara

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,821
Reaction score
3,224
Points
236
25.03.2019 - Ahmedabad, Sekurang-kurangnya 19 mangsa, sebahagian besarnya perempuan terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan yang menempatkan asrama pelajar di sini, semalam.

“Kesemua pelajar maut akibat kebakaran, selain kerana terjun daripada bangunan untuk menyelamatkan diri masing-masing,” kata jurucakap bomba bandar Surat, Deepak Sapthaley kepada AFP.

Beberapa gambar turut menunjukkan imej api yang sedang marak dan asap hitam menyelubungi bangunan itu, selain beberapa mangsa yang terjun bagi menyelamatkan diri.

Sapthaley berkata, ketika kejadian terhadap antara 50 orang hingga 60 orang berada di dalam institut latihan yang terletak di aras paling atas bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui.

“Angka terkorban meningkat kepada 19 orang, termasuk 16 pelajar perempuan.

“Seramai 16 mangsa maut akibat terbakar, manakala tiga lagi kerana kecederaan yang dialami selepas terjun dari bangunan itu,” kata pegawai perubatan Institut Penyelidikan dan Pendidikan Perubatan Perbandaran Surat, Jayesh M Patel kepada AFP.

Terdahulu, pihak berkuasa mengumumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi dalam ciapan di Twitter berkata: “Amat terkejut dengan tragedi kebakaran di Surat. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mangsa yang cedera segera pulih.

“Sudah mengarahkan Kerajaan Gujarat dan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada semua mangsa yang terjejas”.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan berkata, bahan yang digunakan dalam pembinaan bangunan itu dipercayai menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Insiden itu berlaku pada tengah hari semalam, ketika kelas dipenuhi dengan pelajar, terutama remaja.

Media tempatan melaporkan, angka kematian dijangka meningkat kerana masih ramai pelajar yang cedera sedang dirawat di beberapa hospital tempatan.





Berita asal https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/05/567741/19-pelajar-maut-kebakaran-di-surat-india
 
Top
Log in Register