BTC USD 41,762.3 Gold USD 1,739.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 2,200 Mompaun Sejak 21 Julai, Berapa Banyak Yang Sah ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
27.07.2021 - Kuala Lumpur, Lebih 2,200 kompaun dikeluarkan terhadap individu antara 21 Julai dan 25 Julai lalu, menurut Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun kerajaan mendakwa Ordinan Darurat telah dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai, yang kini menimbulkan persoalan berapa banyak kompaun yang sah menurut undang-undang. Kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit atau Akta 342 - yang bukan merupakan undang-undang darurat.

Pun begitu, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan untuk menaikkan denda maksimum di bawah Akta 342 dari RM1,000 kepada RM10,000 bagi individu dan RM50,000 untuk badan korporat. Sekiranya Ordinan Darurat telah dibatalkan, maka kompaun yang dikeluarkan dari tarikh 21 Julai dan seterusnya tidak boleh melebihi RM1,000. Kenyataan Ismail Sabri tidak menyatakan jumlah kompaun yang dikeluarkan dalam satu hari. Juga tidak jelas berapa banyak badan korporat yang telah dikompaun sejak 21 Julai.

Semalam Harian Metro, melaporkan seramai 50 individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang selepas didapati melanggar SOP di sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam kelmarin. Pengendali pusat itu dikenakan kompaun sebanyak RM25,000. Kesemua mereka dikenakan kompaun di bawah Akta 342. Sementara itu, seramai 25 warga Bangladesh di Pulau Pinang masing-masing didenda RM5,000 pada 23 Julai lalu kerana melanggar SOP semasa Hari Raya Aidiladha. Jumlah ini melebihi had RM1,000 bagi kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta 342.

Namun, bukan hanya keabsahan kompaun yang menjadi persoalan. Sama ada pembatalan Ordinan Darurat itu sendiri sah atau sebaliknya turut menjadi persoalan. Setakat berita ini ditulis, pembatalan Ordinan itu masih belum diwartakan di Warta Persekutuan. Begitu juga, parlimen tidak membatalkan undang-undang darurat berkenaan. Peguam, New Sin Yew memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan tidak boleh menerbitkan warta secara undur tarikh (backdated) untuk membatalkan Ordinan Darurat yang berkuatkuasa 21 Julai.​

1627351037694.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register