BTC USD 60,842.2 Gold USD 2,616.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 2,000 saksikan Konsert Rockestra Lagenda

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,721
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,721
Reaction score
6,482
Points
881
Awards
1
Lebih 2,000 saksikan Konsert Rockestra Lagenda

Dari kiri, Ezad, Muss, Tom, Baggio dan Ameng tampil dalam Konsert Rockestra Lagenda di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, baru-baru ini. - NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Idea dan usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggandingkan pasukan orkestra di bawah naungan bersama barisan penyanyi legenda tanah air membuahkan hasil apabila mendapat sambutan hangat peminat.

Lebih 2,000 peminat hadir menyaksikan Konsert Rockestra Lagenda dengan menampilkan penyanyi berpengalaman seperti Mus May, Ameng Spring, Ezad Lazim, Baggio Damasutra dan Tom.

Konsert yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur itu menghimpunkan peminat dari pelbagai negeri dengan ada antaranya hadir berkonvoi menaiki motosikal berkuasa tinggi yang sinonim dengan imej rock.

Setiap penyanyi membuat persembahan dilihat menghadiahkan pengalaman berharga buat peminat apabila berpeluang melihat idola mereka di depan mata, malah rata-rata tidak melepaskan peluang turut menyanyi.

Dari segi persembahan, ternyata lagu rock dibawakan oleh penyanyi handalan dengan iringan 57 pemuzik orkestra mempunyai keunikan tersendiri, apatah lagi, sistem bunyi ditampilkan cukup memberi kesan.

Mengulas kejayaan Konsert Rockestra Lagenda, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Naquib Hamdan, berkata ia didorong oleh usaha DBKL untuk memastikan hiburan terbaik dapat diberikan kepada warga ibu kota.

Naquib berkata, Konsert Rockestra Lagenda adalah salah satu platform hiburan yang sudah direncanakan dalam kalendar acara DBK, tahun ini.

"Tahun ini, kami menggabungkan pasukan orkestra daripada DBKL bersama penyanyi legenda rock tanah air. Sebelum ini, kami pernah buat, cuma ia dilaksanakan pada tahun tertentu sahaja.

"Persiapan kami ambil masa selama seminggu membabitkan sesi latihan antara orkestra dengan barisan penyanyi.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada artis legenda ini sebab mereka betul-betul berpengalaman dan profesional," katanya ditemui selepas konsert di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana.

Naquib berkata, konsert diketengahkan mempunyai keunikan tersendiri dan tidak menolak akan menganjurkannya lagi pada masa akan datang.

"Saya rasa keunikan konsert ini adalah setiap penonton yang hadir dapat keseronokan sebab konsert dibawa adalah gabungan antara orkestra DBKL dan penyanyi legenda rock.

"Lagu-lagu dibawa memang bersifat malar segar dan menjadi ikutan sehingga generasi sekarang. Itu kelebihan yang kami nampak," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Muzik DBKL, Isabella Pek, berkata pihaknya tidak menyangka konsert berkenaan mencatatkan kehadiran cukup baik, selain menyifatkan ia sebagai usaha memajukan industri pelancongan.

"Kami tak jangka kehadiran penonton akan seramai ini, malah paling tidak sangka semua yang datang tahu lagu dan menyanyi bersama. Perkara inilah agak mahal dan sangat berpuas hati.

"Tujuan konsert ini bukan sekadar hiburan. Setiap kali kerajaan keluarkan duit untuk konsert secara tidak langsung ekonomi juga berjalan dengan dengan pelbagai aspek dapat dilaksanakan.

"Ini adalah perkara yang orang selalu tak nampak, tapi itulah perkara yang hendak diadakan. Acara ini berkait dengan pelancongan dan termasuk juga untuk rakyat Malaysia," katanya.
 
Back
Top
Log in Register