BTC USD 61,043.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lebih 10 kampung di 4 daerah di Kedah dilanda banjir kilat

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,740
Reaction score
425
Points
91
Lebih 10 kampung di 4 daerah di Kedah dilanda banjir kilat
FB_IMG_1632875566297.jpg
FB_IMG_1632875569161.jpg

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di daerah Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling dekat sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu turut melibatkan beberapa kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai dalam daerah Yan dekat sini.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian banjir kilat di daerah Sik melibatkan Kampung Landai, Kampung Pinang dan Kampung Melaka dengan sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gulau dibuka.

Terdapat mangsa terperangkap akibat dinding rumah di Kampung Landai runtuh dan mereka kemudiannya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penduduk kampung.

Bagi daerah Kuala Muda, tiga kampung di Mukim Gurun yang terjejas ialah Kampung Cengai Sungai Ibor, Kampung Sungai Bongkok dan Kampung Batu 3 sementara di Mukim Semeling pula hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Sungai Tok Pawang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Nur Iman Mustaffa berkata, sebanyak lima buah rumah yang terletak di sepanjang Sungai Tok Pawang dinaiki air.

“Paras air surut dengan cepat selepas hujan mulai reda kira-kira pukul 11 malam tadi dan kita telah menggerakkan anggota dan peralatan ke lokasi untuk memantau keadaan dan tiada mangsa dipindahkan setakat ini,” katanya. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,860
Reaction score
21,826
Points
1,671
Baling.
Banjir Kilat.
7 pusat Pemindahan Sementara.

Baling, 29 September 2021 - Banjir kilat melanda kawasan di bawah pentadbiran IPD Baling semalam akibat daripada hujan lebat yang berterusan.

Kawasan yang terjejas sebanyak (19) buah kampung dan terdapat (7) Pusat Permindahan Sementara (PPS) telah dibuka. Seramai (51) buah keluarga terdiri daripada (149) orang mangsa dipindahkan ke PPS. Langkah berjaga-jaga telah diambil oleh agensi-agensi Daerah Baling bagi menasihatkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan yang berisiko untuk bersiap sedia dipindahkan jika berlakunya banjir kilat.

Pada jam 10.30 pagi hari ini paras air Sungai Ketil yang melalui Pekan Baling, Pekan Kuala Pegang dan Padang Pulai Kuala Ketil mula menunjuk penurunan namun masih dalam bacaan berjaga-jaga.

#StaySafe
#JagaDiri

>> Polis Daerah Baling Kedah
>> Team The Kedah

 

pelitaminyak

Super Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,069
Reaction score
1,478
Points
151
Lebih 10 kampung di 4 daerah di Kedah dilanda banjir kilat
FB_IMG_1632875566297.jpg
FB_IMG_1632875569161.jpg

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di daerah Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling dekat sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu turut melibatkan beberapa kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai dalam daerah Yan dekat sini.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian banjir kilat di daerah Sik melibatkan Kampung Landai, Kampung Pinang dan Kampung Melaka dengan sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gulau dibuka.

Terdapat mangsa terperangkap akibat dinding rumah di Kampung Landai runtuh dan mereka kemudiannya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penduduk kampung.

Bagi daerah Kuala Muda, tiga kampung di Mukim Gurun yang terjejas ialah Kampung Cengai Sungai Ibor, Kampung Sungai Bongkok dan Kampung Batu 3 sementara di Mukim Semeling pula hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Sungai Tok Pawang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Nur Iman Mustaffa berkata, sebanyak lima buah rumah yang terletak di sepanjang Sungai Tok Pawang dinaiki air.

“Paras air surut dengan cepat selepas hujan mulai reda kira-kira pukul 11 malam tadi dan kita telah menggerakkan anggota dan peralatan ke lokasi untuk memantau keadaan dan tiada mangsa dipindahkan setakat ini,” katanya. – K! ONLINE
Harap geng firdaus dan caprice turun kedah pula kali ni tolong org kedah........... Jgn harap ebit liew je.......
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Mangsa banjir di Kedah meningkat 380 orang

Oleh Zuliaty Zulkiffli- Oktober 1, 2021 @ 10:12am
[email protected]

banjir-bongor1_1633055595.jpg


Mangsa banjir di Kedah meningkat seramai 380 orang daripada 131 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara. - Foto hiasan NSTP


ALOR SETAR: Mangsa banjir di negeri ini meningkat seramai 380 orang daripada 131 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini iaitu di Sik, Baling dan Kulim.

Jumlah itu meningkat berbanding 263 mangsa daripada 95 keluarga yang dilaporkan di dua daerah iaitu di 14 PPS di Baling dan Sik setakat jam 8 malam tadi.

Bagaimanapun, satu PPS di daerah Padang Terap yang dibuka kelmarin, menempatkan 10 mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi sudah ditutup sepenuhnya, semalam.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, setakat jam 8 pagi tadi, tiga PPS baharu dibuka iaitu dua di Baling dan satu di Kulim.

Beliau berkata, dua PPS di Baling dibuka malam tadi di SK Tembak A yang membabitkan seramai 30 mangsa daripada lapan keluarga dan dua mangsa di PPS SK Jemerli yang kini dalam proses pemindahan.

"Selain itu, satu PPS di daerah Kulim iaitu PPS SK Merbau Pulas dibuka pada jam 6 petang semalam yang membabitkan 27 mangsa daripada10 keluarga.

"Kesemua mangsa di Baling masih kekal di PPS SK Tunku Putera (tiga mangsa, satu keluarga), PPS Siong (28 mangsa, 11 keluarga), PPS SK Bandar (9 mangsa, 4 keluarga), SK Tanjung Pari (23 mangsa, lapan keluarga), PPS SK Bayu (25 mangsa, 12 keluarga).

"Selain Itu, PPS Titi Gantung menempatkan seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga, PPS Dewan Banggol Derom (17 mangsa, empat keluarga), PPS Maktab Mahmud Baling (31 mangsa, 19 keluarga), SK Malau (17 mangsa, enam keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (19 mangsa, tujuh keluarga), PPS Surau Barakah Tembak B (10 mangsa, dua keluarga) dan PPS Kampung Padang, Kupang (sembilan mangsa, empat keluarga)," katanya.

Saifuddin berkata, di Sik pula, dua PPS masih aktif iaitu di SK Gulau iaitu seramai 19 mangsa daripada lima keluarga dan SK Sik yang menempatkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.

Bagaimanapun, katanya pemantauan masih dilakukan dari masa ke semasa di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air di negeri ini.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Mangsa banjir di Kedah menurun, dua PPS di Sik tutup

Oleh Zuliaty Zulkiffli- Oktober 1, 2021 @ 5:25pm
[email protected]

banjirmonson1_1633080305.jpg


Gambar hiasan


ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 352 orang membabitkan 125 keluarga apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sik iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Gulau dan Sik ditutup sepenuhnya hari ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 380 mangsa daripada 131 keluarga yang dilaporkan berada di 17 PPS di Sik, Baling dan Kulim pada jam 8 pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, berkata jumlah terbaru itu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi dan semua 352 mangsa masih ditempatkan di 15 PPS di Baling serta Kulim.

Beliau berkata, dua PPS di Sik ditutup sepenuhnya jam 12 tengah hari tadi dan semua mangsa di daerah itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Namun, jumlah mangsa yang dipindahkan di 14 PPS di Baling masih kekal seramai 325 orang daripada 115 keluarga.

"Mangsa banjir di Kulim yang dipindahkan di PPS SK Merbau Pulau pula masih kekal 27 orang membabitkan 10 keluarga," katanya kepada BH, hari ini.

Mohd Muaz berkata, mangsa banjir di Baling masih kekal di PPS SK Tunku Putera iaitu tiga orang sekeluarga, PPS Siong (28 mangsa, 11 keluarga), PPS SK Bandar (sembilan mangsa, empat keluarga), SK Tanjung Pari (23 mangsa, lapan keluarga), PPS SK Bayu (25 mangsa, 12 keluarga).

"Selain Itu, PPS Titi Gantung menempatkan 44 mangsa daripada 11 keluarga, PPS Dewan Banggol Derom (17 mangsa, empat keluarga), PPS Maktab Mahmud Baling (31 mangsa, 19 keluarga), SK Malau (17 mangsa, enam keluarga), SMK Parit Panjang (19 mangsa, tujuh keluarga), PPS Surau Barakah Tembak B (10 mangsa, dua keluarga) dan PPS Kampung Padang, Kupang (sembilan mangsa, empat keluarga)," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

APM Kedah bersedia hadapi air pasang besar Khamis ini

Oleh Zuliaty Zulkiffli- Oktober 1, 2021 @ 6:03pm
[email protected]

apmm_1633082574.jpg


Anggota APM Kedah melakukan latihan persediaan menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku Khamis ini. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI


ALOR SETAR: Lebih 700 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah kini bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku Khamis ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob, berkata air pasang besar itu menyebabkan pertembungan air laut dan sungai, sekali gus mengakibatkan banjir di kawasan berisiko rendah di negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini, banjir masih berlaku di beberapa daerah termasuk di Baling, Kulim dan Padang Terap.

"Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu 14 PPS di Baling dan satu di Kulim dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 325 mangsa membabitkan 125 keluarga.

"Selain itu, beberapa daerah lain juga sudah dinaiki air seperti Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang, namun tiada PPS dibuka," katanya kepada BH hari ini.

Awang Askandar berkata, seramai 706 anggota APM di seluruh Kedah terbabit dalam operasi bencana banjir di negeri ini.

Beliau berkata, terdapat dua lembangan sungai iaitu Sungai Kedah dan Sungai Muda yang berpotensi mengalami kesan akibat perubahan monsun ini.

"Sungai Kedah membabitkan kawasan Kota Setar, Padang Terap dan Kubang Pasu, yang ada lapan mukim serta 48 kawasan rendah akan terjejas akibat pertembungan air laut dan sungai ekoran fenomena air pasang besar dijangka berlaku Khamis ini.

"Sungai Kuala Muda pula membabitkan sembilan mukim dan 49 kawasan dijangka mengalami banjir kilat apabila berlaku monsun timur laut," katanya.

Awang Askandar berkata, 70 bot pelbagai saiz termasuk bot amphibia diletakkan di Kota Setar dan Langkawi, 14 lori lima tan terbabit dalam operasi banjir dan 14 ambulans akan digunakan di kawasan terjejas.

Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan dua unit dron untuk melakukan pemantauan di kawasan berisiko dan terjejas.

"Sepanjang minggu ini, kita melakukan latihan kesiapsiagaan di Kubang Pasu dan Pantai Chenang di Langkawi bagi menghadapi perubahan monsun timur laut.

"Penggunaan dron ini dapat melakukan pemantauan tanpa menggunakan tenaga anggota di kawasan risiko, maklumat akan dihantar kepada anggota sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Mangsa banjir di Baling meningkat

Oleh Zuliaty Zulkiffli- Oktober 1, 2021 @ 10:27pm
[email protected]

balinnnnn1_1633098385.jpg


Petugas memasang khemah tambahan untuk mangsa banjir di Baling. - Foto ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


ALOR SETAR: Mangsa banjir di Baling bertambah apabila 27 mangsa dari enam keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Banggol Derom, hari ini.

Sebelum ini, jumlah mangsa banjir di PPS itu 17 orang dari empat keluarga. Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat pada jam 8 pagi tadi iaitu seramai 380 mangsa dari 131 keluarga di Sik, Baling dan Kulim.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, berkata jumlah itu kembali menurun dan tiga PPS di dua daerah itu ditutup sepenuhnya hari ini.

"Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Baling semakin bertambah sehingga malam ini," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa banjir di Sik iaitu di PPS Gulau dan SK Sik serta PPS SK Merbau Pulas di Kulim dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

"Sehingga jam 8 malam tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di 14 PPS di Baling masih aktif yang membabitkan 352 mangsa 121 keluarga di daerah itu.

"Semua mangsa banjir di Baling masih kekal di PPS SK Tunku Putera (3 mangsa, satu keluarga), PPS Siong (28 mangsa, 11 keluarga), PPS SK Bandar (9 mangsa, 4 keluarga), SK Tanjung Pari (23 mangsa, lapan keluarga), PPS SK Bayu (25 mangsa, 12 keluarga).

"Selain Itu, PPS Titi Gantung menempatkan seramai 44 mangsa dari 11 keluarga, PPS Dewan Banggol Derom (44 mangsa dari 10 keluarga), PPS Maktab Mahmud Baling (31 mangsa dari 19 keluarga), SK Malau (17 mangsa dari enam keluarga),

"PPS SMK Parit Panjang (19 mangsa dari tujuh keluarga), PPS SK Mohd Ariff Abdullah (39 mangsa dari 10 keluarga), PPS Surau Barakah Tembak B (10 mangsa, dua keluarga) dan PPS Kampung Padang, Kupang (sembilan mangsa dari empat keluarga), PPS SK Tembak A (30 mangsa dari 8 keluarga) dan PPS Kampung Jemerli (dua mangsa)," katanya.


 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,222
Reaction score
441
Points
96
Salam takziah
Musim2 covid ni lagi diuji banjir2
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,729
Reaction score
2,533
Points
201
Dl selalu kt dengaq banjir kilat nie kt bandar ja.....la semua tempat xleh lari dr banjit kilat.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register