cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 128,469
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 128,469
- Reaction score
- 21,989
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Lukman Sheriff
2j ·Kenapa sekatan bersuara atas dasar “ekstrim” bahaya
ada masalah dengan alasan “ekstrim” digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara. Saya tiada masalah kalau disekat mengikut alasan perundangan sedia ada. Pendirian saya berkenaan peruntukan sedia ada ialah sekatan tersebut masih perlu dikurangkan. Maka dengan itu saya sudah berapa kali menyatakan pada zaman ini kritikan ke atas kerajaan patut dibenarkan sayugia mencadangkan pindaan ke atas Akta Hasutan.
Cuma penggunaan alasan ekstrim ini amat menyalahi dan arbitrari. Ia selalunya digunakan untuk orang islam sahaja. Jadi sekatan atas alasan ekstrim hanya akan terpakai untuk muslim sahaja. Ini dah tak betul langsung. Ia islamofobik/ rasis.
Ada yang menyatakan bahawa ada banyak tiktok keganasan mei 13 dan ini perlu dibendung. Saya bersetuju disekat bila menyalahi undang2. Cuma dalam tiktok sebelum dan selepas pilihanraya sehingga sekarang tiada satu pun tiktok keganasan mei 13 lalui FYP saya. Saya banyak menerima tiktok berbaur politik. Satu Hari berapa kali terima tiktok Rafizi dahulu. Tak tahu camna dia buat tapi terima aje. Saya tak subscribe pun. Algorithmanya begitu. Tetapi kalau dikaji betul2, bukan tiktok sebegini anak muda “viral”kan. Tiktok viral ni lain. Yang banyak lalui fyp saya ialah tiktok yang menggembirakan dan ringan terapi berbaur politik. Tiktok lagu swipe misalnya. Tiktok lagu “kepimpinan ulama” misalnya. Anak muda suka ambil gambar diri sendiri dan share kan tiktok yg punyai lagu yg “catchy”begini. Tiktok beginilah yang trendy bagi orang muda saya nampak. Bukan jenis menghentam agresif/ memupuk kebencian seperti setengah politician buat. Politician ni tak faham mereka dah kena “swipe”. Hehehe. Tak faham FYP kebencian tak boleh pi sangat utk tiktok orang muda. Dari dulu lagi tiktok ni begini. Bawa perkara ringan2/ suka2. Orang “bukan muda” cam saya saja nak lihat berita serius. Ini amatan saya. (Ps: Saya akan cuba juga buat video swipe walaupun habis trend)
Walaubagaimanapun saya tak boleh nafikan mungkin ada yang mengajak mengganas mei 13. Cuma bila saya search saya tak jumpa. Kalau ada minta link. Saya nak tahu berapa share dan viral. Dan kalau ada bukan sahaja kita “ban” tetapi buat lapuran polis sekali.
Saya juga ingin tahu adakah dalam beribu tu yang kena “ban” semuanya berkaitan keganasan mei 13? Saya sangsi semua. Wallahualam. Cuma saya jelas tiktok ni haramkan perjuangan Pal…. Beberapa minggu baru2 ini pun timbul isu Pales… Saya dah tulis dahulu. Saya rasa memang tiktok tak adil sekat isu Pal.. atas pelbagai alasan tak munasabah. Keganasan lah walhal yang mengganas adalah Isr…. Alasan yg diberikan socmed untuk sekatan macam2 dari radical Islam, ekstrim, kebencian dsbg yang mana saya anggap semua tu menipu.
Jadi saya meminta menteri mengenalpasti dan menyenaraikan semua yang disekat. Kita kaji semua. Yang ajak keganasan kita bukan sekat sahaja tetapi ambil tindakan. Tetapi kalau sekat berkenaan pales…. kita minta tiktok jelaskan kenapa ini diharamkan. Kita tegas nyatakan menyekat suara Pales… memperjuangkan hak asasi mereka adalah salah. Kalau mereka nak juga sekat kita buat undang2 kebebasan bersuara hak pal.. dan mana2 yang menyekat ini menyalahi undang2. Socmed yg gergasi dari FB Tiktok Tweet dah melampau dalam menekan posting2 Pales…. Sebagai kerajaan kita boleh tekan untuk mereka membetulkannya.