KLVIPER
Legendary Member

- Messages
- 16,868
- Joined
- Mar 31, 2008
- Messages
- 16,868
- Reaction score
- 626
- Points
- 171
Lukman Sheriff
37m ·
Maaf tapi ini tak betul.
Kita tak boleh ban/ sekat kebebasan bersuara/ free speech atas alasan ekstrim atau slander/ fitnah seperti dinyatakan dalam lapuran akhbar. It is too generic atau arbitrary.
Pada kumpulan kanan, Dong Zhong ekstrim. Adakah kita patut sekat mereka bersuara atas alasan mereka ekstrim? Pada kumpulan liberal/kiri, penentang sekolah vernakular adalah ekstrim. Adakah mereka patut disekat?
Juga, mungkin pada ramai melayu DAP ini ekstrim. Pada ramai bukan melayu pula PAS ekstrim. Adakah kita patut sekat mereka bersuara? Ini terlalu arbitrari. Kita tak boleh laksana undang2 ikut suka hati/ sewenang2nya. Ini bukan rule of law.
Sama juga dengan fitnah. Kalau fitnah samanlah. Sudah ada remedi undang2.
Ini tak bermakna tak boleh sekat langsung. Kalau nak sekat boleh tetapi mesti jelas dan kenapa ditegah. Misalnya menghina Nabi, atau agama yg akan mengganggu ketenteraman awam. Satu lagi menghina atau memfitnah YDPA. Ini tidak boleh dibiarkan dan mesti disekat.
Tetapi menyekat atas alasan ekstrim dan fitnah mengikut definisi atau citarasa sendiri tak boleh. Lagipun kalau kerajaan sekat satu pihak sahaja, bukankah ini berat sebelah dan diskriminasi. Banyak masalah nanti terutamanya ini suppress/menekan hak rakyat.
Kerajaan mesti menerima segala kritikan ke atas kerajaan. Walaupun saya tak setuju penggunaanya, kalau memaki kerajaan itu pun satu hak seseorang. Tak kisah macam mana teruk kata caci dan fitnah terhadap kerajaan, dalam sebuah demokrasi, ini memang dan patut dibenarkan. Kerajaan ada satu jentera yang besar untuk menangani naratif negatifnya. Maka pakailah jentera ini untuk membalas naratif buruk ke atasnya.
Seperkara lagi jangan termakan dengan cara liberal tangani free speech. Pada mereka kalau tak setuju aje mereka akan label ini hatred/ kebencian dan minta disekat/ “ban”. Woke culture. Kebencian pun sebahagian dari free speech. Walaupun menyakiti ia masih free speech. Ini tidak bermakna semua hatred mesti dibenarkan. Tetapi kalau menyebabkan menimbulkan keganasan/ mengganggu ketenteraman awam kita patut boleh sekatnya. Kita dah ada beberapa sekatan dah di bawah akta2 kita seperti akta hasutan atau penal code yang sudah establish/ lama terpakai seperti menghina kaum/ agama/ ydpa. Sepatutnya kita cuba kurangkan sekatan ini. Sebab itu sejak bertahun2 dah ada gerakan untuk memansuhkan/ meminda Akta MCMC oleh PH sendiri. Adalah tak konsisten nak pinda Akta MCMC tetapi menyekat online media.
Kita akan ke belakang dan menjadi authoritarian kalau ini diteruskan. Sepatutnya bar council dll dah bersuara dah. Kenapa senyap pun saya tak tahu.
![]()
![]()
![]()
Bangnon bayangkan pn dpt tajaan sykt judi.
Fahmi takut pada bayang bayang tiktok.